Friday, November 22, 2013

7 Hari

"Senahhhhh... carikan aku laki sorang, please..." rayu Azah sengan muka sememeknya.
Husna memandang Azah dengan muka tak percaya. Ayat yang baru sahaja keluar daripada bibir gadis yang... umm..boleh la tahan comelnya. Tak cun ye, tapi boleh la. Okay, sambung. Ayat yang baru sahaja keluar daripada bibir gadis comel itu meluncur laju terlalu tiba-tiba tanpa sebarang notification seperti yang ada di facebook.

"Kau ni dah kenapa pompuan. Eh la. Kau ingat bab nikah kahwin ni macam beli cekedis kat koperasi Universiti ke?" bebel Husna menyambung kembali menonton video majlis perkahwinan entah sape sape la tu.

Azah memandang skrin laptop Macbook Husna, tumpang sekaki melayan kebahagian pengantin di dalam video tersebut. Best la kan. Pusing-pusing pandang kamera. Gelak-gelak dengan suami. Tepuk tampar tak hengat dunia, apa lagi nak ingat kat videographer yang penat pegang tripod untuk rakam saat bahagia dorang tu.  Entah berapa kali take agaknya tu. Tak segan ke dorang nak berlakon masa ambik video atau gambar tu ye? Tak tercapai dek akal Azah memikirkan hal itu.

"Memang la bukan cekedis. Tapi kalau nak tunggu betul-betul sedia, memang spinster la kita. Masa tu laki kau pun belum tentu tengok kau bernafsu. errr..kot. hehe," Azah tersengih kambing sambil memintal hujung t-shirtnya.

Sungguh dia tak paham kenapa bila ada orang minta nak kahwin mesti akan dipersoalkan. Dah cukup duit ke? Dah bersedia ke? Ingat senang ke? Nak bagi anak bini makan ape? Dah gatal sangat ke? Azah betul-betul tak paham dengan orang yang berfikiran sebegini. Ya, dia akui hal kahwin adalah hal yang serius tapi kalau tak laluinya, macam mana nak grow up. Bukankah experiential learning itu berkesan dalam menstimulasikan perkembangan berkesan di dalam diri anak-anak.Cewah, terkeluar pulak dah ilmu pedagogi pengajaran. Macam bijak pula rasanya. Haish!

"Zah, kalau kau nak kahwin sangat pergi la daftar dengan baitul muslim. Senang cerita. Ini tidak, dok melolong mintak Senah carikan. Macam la si Senah dah nikah,"

Azah menoleh ke arah Nadya, teman sebilik Husna. Seorang gadis yang cukup cun di mata Azah. Kulit putih, mata besar, badan ramping, tinggi... boleh la tahan tingginya.

'Haih, untung la kau Piyan...' getus hati kecil Azah menyebut nama tunangan Nadya, Muhammad Sufian. '...Budak dua ekor ni pun satu. Tak membantu langsung meredakan ombak rindu di hatiku,' lirihnya seorang diri.

Azah memandang lantai. Tangannya mengkutis hujung kulit ibu jarinya yang sedikit terkoyak. Dia sendiri tak faham kenapa hatinya seolah-olah rasa kosong, sunyi dan gersang? err... tak, tak. Gersang terlalu negatif ye tuan puan. Memberontak mungkin. Yes, betul betul! Mungkin kerana tekanan yang menyebabkan dia berfikiran ke arah itu.

"Umm... aku dah daftar baitul muslim tapi yang online punya la..." selamba Azah memberitahu.

"WHAT?!" serentak Nadya dan Husna menjerit.

"Ehem, maksud kitorang. Bila masa kau daftar? Kalau dah daftar, tak kan tak ade calon yang berpotensi tinggi?" Husna menyusun kata ingin mengorek rahsia.

"Tak ada. Dah dekat setahun dah aku daftar. Saja je daftar tahun lepas. Haih. Ni semua Miss Zana, Mr. Amri dan lecturer yang... eeee! Tension aku. Aku rasa aku tension sebab aku tak enjoy belajar macam semester-semester lepas la,"

Husna mengangguk perlahan. Dia juga merasakan hal yang sama. Pensyarah-pensyarah yang seperti hilang minat untuk mengajar membuatkan dia dan rakan yang lain juga tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik dalam pelajaran mereka. Jangan kata nak siapkan kerja kursus, mereka semua seperti perlu melawan hawa nafsu yang maha jahat untuk menggagahkan kaki menapak ke kelas. Begitulah dasyatnya kesan personaliti pensyarah terhadap pembelajaran mereka semua.

"Aku pun rasa benda sama," sokong Nadya.

Dahi Husna berkerut. Mulutnya sedikit terbuka seperti ingin meluahkan sesuatu tetapi ditutup kembali.

"Ape... kau nak cakap ape?" tanya Azah.

"Tak de la. Aku pun rasa sengal dengan semester kali ni. Tapi kan, aku hairan. Kenapa yang kau tiba-tiba nak kahwin? Daripada 2 minggu lepas lagi aku perhatikan. Tiap kali kau menapak ke bilik kitorang, itu je lah isu yang kau cakap. Gersang eh?"

Terbeliak mata Azah mendengar kata-kata Husna. Nak je dia smack down budak sekor ni.

"Kuang ajau betul kau. Yela. Yela. Aku balik. Bwerk!" Azah pura-pura merajok lalu berjalan keluar menuju ke biliknya. Namun, dapat dia dengar gelak tawa Husna yang puas menyakat dirinya. Dia tersenyum sendiri.

'Jodoh? Heh. Tak kisah sangat pun sebenarnya. Tapi, kalau ada apa salahnya,'

BERSAMBUNG

p/s: isi perbualan di dalam cerita ini 70 % adalah rekaan semata-mata.