Monday, February 21, 2011

Pengganti Sang Penakhluk

Assalamualaikum,
Alhamdulillah


habis je sy baca buku 'Sultan Muhammad Al Fateh', terus dtg ke laptop utk tulis. kerana perasaan sy skrg ini masih segar.
Membaca buku Sultan Muhamad Al Fateh gives me the feeling of sad and amazed. Walaupun, mungkin penceritaan dia ada tokok tambah (wallahualam), tapi sy dpt bygkan kegagahan dan keberanian beliau.
Sejak kecil, beliau disuntik dgn semangat utk menawan Konstantinople. Apabila berada di tahap kegemilangan, masih berjihad utk meluaskan empayar islam.

Apabila sampai dipertengahan cerita dlm buku ni sehinggalah ke akhirnya, sy rasa sedih dan sebak bila fikir y susah nak jumpa pemuda mcm Sultan Muhamad Al Fateh. Anak raja tetapi bersederhana. Menang berperang tetapi tidak zalim dan takbur. Ditawarkan harta dan pangkat, tetapi tegas menolak.

Pada waktu mlm, beliau sendiri berjalan di sekitar negeri melihat keadaan rakyat. Mencontoh Saidina Umar. Di situ juga beliau bertemu dgn jodohnya. Tanpa melihat wajah beliau sudah berkenan. Bukan rupa y jadi tarikan, tetapi alunan suara y mengaji serta akhlak terpuji y menarik hati beliau.

Jadi, mana nak cari Sang Penakhluk sepertinya sekarang.?

Scene y paling saya kagum, bila Sultan Muhamad Al Fateh mnyuruh guru agamanya memimpin solat jumaat selepas menakhluk Konstantinople, tapi gurunya menolak dan suruh cari org y lebih bertaqwa utk mnjadi imam. Bila Al Fateh keluar mengumpulkan tenteranya dan berkata:

"SIAPA ANTARA KAMU Y PERNAH MENINGGALKAN SOLAT FARDHU 5 WAKTU, SILA DUDUK"
-semua masih berdiri-

"SIAPA ANTARA KAMU Y PERNAH MENINGGALKAN SUNAT RAWATIB, SILA DUDUK"
-separuh mula duduk-

'SIAPA ANTARA KAMU Y PERNAH TINGGAL SOLAT TAHAJUD, SILA DUDUK"
-tinggallah Al Fateh seorang y masih berdiri-
 *time ni aku menjerit "weeeeeeeeehhh!!! nok tok laki mace diooooooo* trans: nak suami mcm dia!

Saya rasa, kalau soalan y sama di ajukan kepada tentera atau rakyat zaman sekarang........................(insyaAllah masih ada)


p/s: Kalau pemimpin sekarang mcm ni, aku rasa, xde rakyat y akan x puas hati dan post mcm2 dekat blog or facebook etc.

(kalau sy xbley jadi cam beliau, dpt jadi cam bini beliau pn....)

Sunday, February 20, 2011

Allah 'Speaks' To Us

Assalamualaikum.



I'm in the middle of a break. currently reading 'Personaliti Wanita Y di Kasihi Allah dan Rasul and 'Sultan Muhamad Al Fateh' ------------------->>>>*pandang hujung mata buku 'as you like it' by shakespeare y akan dibincang dlm lecture esok.(urghh..sape suh buku tu font x menarik:p*alasan*)
However, i wish not to talk about 'Personaliti Wanita Y di Kasihi Allah dan Rasul' now and that will only be discussed after i've finished with it.

I'm attracted to what is written in 'Sultan Muhamad Al Fateh'. A very outstanding leader i would say. I'm amazed of how Muslims back then believed in every single hadis that they recieved from Rasulullah. As for us now, we know what we are now. I'm not trying to degrade muslim but i'm speaking about myself. We are familiar with the hadis from Rasulullah s.a.w about a great leader who will conquer Constantinople. When  the muslims heard about the hadis, they tried to be the person meant by Rasulullah in that hadis. One after one leader tried to be 'that great leader'. but failed. each attempt. Amazingly, it did not end there. It carried on until Sultan Murad the father of Sultan Muhamad Al Fateh.

I was amazed!! really. If now, we read al quran and there's verse where Allah mentions about 'wahai org org beriman, or wahai org org y bertaqwa' do we feel the same way as they felt? Do we feel that Allah is speaking to us. Allah is pointing at us. or do we just read it without the verse melt and be the blood that pumping to our whole body system.

I really really want to feel the way they feel. Feel the heat of jihad in my own way as a muslim lady.

but a junior who studies in Jordan recommended this book. I wish to have ittttttttttt....^_^
*org mlesiaaaaaa....krek krek krek...tolong beli..hehe*



maaf kalau ada apa apa y ditulis di sini salah apabila di interpret or dibaca.


p/s: I am kinda wondering, does all the narrations in the book are based on true historical line or is it some kind of adding to make the book (novel) interesting. coz, people might end up telling the wrong facts to others
(just like what i've done before. -Thanks to Encik Bahruddin for correcting it)
it is pretty sad if that happens.


hati gediks berkata: "best ooooohhh kalu abe ko adik aku supo nge al fateh. lagi beh kalu tok laki aku pong supo dio..best best besttttt!!!!


TILL THEN, WAIT FOR MY SECOND REVIEW ON 'PERSONALITI WANITA Y DIKASIHI ALLAH DAN RASUL'-------* i want! i want!  i want to be that woman!:)

Tuesday, February 15, 2011

Manisnya Bercinta 3



Langit begitu cerah. Matahari memancar terang menembusi awan putih. Seputih salji. Tenang dan mendamaikan. Apa yang dilihat sekarang benar benar menggambarkan perasaannya. Jari jemari menyentuh muka depan buku di depannya. Matanya memandang dan meneliti buku pemberian Sarah 3 hari lepas. Cantik. Berwarna ungu. warna kegemarannya. Syukurnya. Peristiwa yang berlaku 5 bulan lepas mmbuka matanya. Terasa diri buta dengan cinta manusia. Benarlah kata orang. Cintakan bunga. bunga kan layu. Cintakan kumbang, kumbang kan lari. Cintakan manusia, manusia kan mati. Cintakan Allah, selamanya abadi.  Terasa diri diperbodohkan  nafsu sendiri.  Andai saja Sarah tidak menyergah masuk ke biliknya malam itu, dia mungkin masih terus hanyut dalam dunia fantasi butanya. Melayan setiap angan angan dan perasaan sementara yang tidak mungkin akan kekal.

__________________________________________________________________________________

'Ya Allah...Sarah.....fuhh...terkejut Ainul. Ingatkan siapa la.' ujar Ainul cuba menahan getar di suara sambil mngurut dada. Dia mengadap Sarah dan membelakangi laptop sekaligus menghadang pandangan Sarah dari skrin laptopnya. Perlahan lahan laptopnya ditolak ke bawah bantal. Jantungnya masih berdegup laju. Hampir gugur jantungnya tadi.

'Ain sihat? Lama Sarah x nampak Ain solat sama' Sarah memegang tangan Ainul lembut. Tersentuh hati Ain seketika.
'Ain...umm.. busy sikit. Ada hal kena uruskan. Maaf la.' sengih kambing terukir di bibirnya.
Sarah tersenyum. Dia tahu Ainul x bercakap benar. Namun, dia cuba utk tidak menuduh. Bersangka baik adalah cara yang paling baik sekiranya hal sebenar tidak diketahui.
'Ain, pernah dengar x kisah limau?'
Ain menggeleng. Pelik dgn pertanyaan Sarah.
 xkan dia nk lecture agama kat aku malam malam ni kot bisik hati Ainul
'Ada seorang prmpuan ni. Dia dtg ke majlis ilmu Rasulullah. Lalu dia mmberikan limau y sgt masam rasanya kpd Rasulullah. Rasulullah memakan limau itu. Sampai habis. Rasulullah x beri sedikit pn pd sahabat. Bila sahabat tanya kenapa, baginda berkata bahawa limau itu masam. Baginda takut sahabat2 x tahan dan akan mengatakan sesuatu y bakal menyakitkan hati prmpuan td'
Ain mendengar dgn keningnya berkerut.Matanya fokus memandang wajah bersih Sarah. Senyuman Sarah masih di situ. Manis.
'Pelik kan manusia ni?' Sarah memandang ke suatu sudut bilik Ainul.
'Kenapa ckp mcm tu?' pelik.

'Ya lah. Rasulullah begitu sygkan kita. Hingga nak lukakan hati org pn Rasulullah xnak. Hingga akhir nafas baginda pn baginda menyebut 'ummati, ummati'. Hingga ke alam barzakh pn baginda bangkit dari kubur dan mencari kita, ummatnya. Tapi kita, tetap nak cari cinta insan y baru dtg dlm hidup kita, lukakan hati kita bila mereka marah, menyebut nama kita hanya bila rindu dan bila di akhirat sana nanti, kita tidak akan dipedulikan. Malah mereka mungkin akan datang menagih pahala amalan kita.menuduh kita y menyebabkan mereka lalai'


Ainul memandang Sarah. tidak berkelip. Mata bulatnya memandang mata Sarah y mula bermanik air mata.
'Ain..' sambung Sarah. '...nanti di alam sana, Sarah takut kalau kalau org y Sarah pernah lalaikan contohnya lelaki akan dtg tuntut dari Sarah dgn berkata 'Dia y melalaikan aku dulu. Kalau dia x mesej aku selalu, telefon aku selalu, mesti aku akan ada masa beribadah kepada Allah'. Senang kan, Ain? utk hilang pahala kita y sememangnya sedikit.'
 Terpaku Ainul mendengar kata kata Sarah. Sehingga tidak mampu menoleh ke arah Sarah y bangun dan keluar meninggalkannya sendiri. Nafasnya tersekat. Dadanya sesak. Sesak kerana terpukul dgn kata kata Sarah. Tidak menuduh namun tepat terkena pada dadanya.


__________________________________________________________________________________
Tut tut!!

'Nul, balik minggu ni. Ayah suruh.'

bunyi mesej dari hensetnya membawa dia ke alam realiti. Pendek shja pesanan dari ibunya. Ayah. mesti rindu. Ayah sygkan aku. Xpernah marah aku. Ayah adalah tempat dia selalu berkelakuan seperti budak kecil. Ayah sabar dgnnya.Ainul tersenyum sendiri bila mengenang kisah ketidakmatangannya. Kenapalah dulu dia sanggup mengenepikan ayahnya semata mata kerana lelaki. Berbohong smata mata ingin menutup hubungannya dgn lelaki. Kadang kala dia menangis sendiri mengingati semua tu. Sedih bila dia terasa sgt berat dan hampir hampir ingin menghubungi kembali lelaki lelaki y pernah hadir dalam hidupnya. Sedih dgn kekuatan nafsunya utk mendekati maksiat. Sedih dgn hatinya y tidak kuat dlm melawan nafsu sendiri. Matanya mula basah kembali. Tidak. Dia tidak boleh menangis. Kelemahan itu harus dibaiki dan dilawan bkn ditangisi. Matanya memandang ke arah meja depan. Cafe penuh dgn pelajar pelajar y berpusu dtg utk makan tghari. Masing masing mgkin baru habis kelas. Ada y keseorangan, ada y berkumpulan dan ada y berpasangan. Seperti pasangan di depannya. Lelaki itu mengambil makanan utk pasangannya. Si dara pula tersenyum penuh manis menggoda. Rasa cemburu tibe tibe dtg menyerbu perasaannya.
'Andai saja aku masih berpasangan......'
'Astaghfirullah, Ain!' marah Ainul pada dirinya sendiri. Ditundukkan pandangannya. Dicapai buku pemberian Sarah. Lantas ditulis setiap perasaan y dia rasa saat itu. Sedih, cemburu, iri hati.....biar sejuk perasaan cemburunya. Biarlah. Andai perasaan mereka y lain bersambut oleh pasangan manusia. Buku ini menjadi pendengar perasaannya.
'Ain.....muahhh..' Sarah menegur dari belakang, melagakan pipinya lembut ke pipi Ain.
'Sarah. Dari mana.?' ditutup buku ungu. Malu dgn Sarah.
'Dari kuliah tadi dgn Prof Azmir. Oh ya, ini ada note dari Prof. Ainul ada lewat hantar assignment ke? Muka Prof serious je masa bagi note ni.'
Ainul mengeluh. 'humm..xpelah. Nanti Ainul pergi jumpa.' 
Mungkin kerana asignment cincai y dihantarnya 3 bulan lepas. Profesor muda itu sgt mementingkan kualiti. Ainul menggaru kepalanya y tidak gatal. Buntu. Apa alasan y harus diberi nanti. Kertas A4 berlipat itu dibuka.
'Besarnya kertas Prof guna. Tulis karangan ke prof ni.' ngomel hati Ainul.

Jumpa Prof esok.

Hah? Secoet ni je. mubazzirin, mubazzirin. ish ish ish.. Pembaziran kertas la Prof ni.' dilipat semula kertas itu. Kecut perutnya. Markah dia sikitkah? atau gagalkah? apa dia nak jawab dekat ayah. Balik pulak tu minggu ni.aduhhhhhh.....

_________________________________________________________________________________

'Ma.....!!! mana makanannya. cepat sikit.' panggil Hamzah. 'eh..mana Ainul ni. tadi ade je kat sini. Maaaa..Nul mana ma...' sekali lagi mama dipanggil.
'Ish awak ni. Ma, ma. macam budak kecil. Cuba la berperangai mcm bapak budak.' bebel isterinya manja.Sup tomyam y dibawa dari dapur diceduk ke mangkuk suaminya.
'Alah awak ni. Awak je la tempat saya bermanja lepas ni. Anak dah kahwin. Kesian saya' dramatik sekali luahan Encik Hamzah, berpura pura menangis di lengan isterinya y sedang menyedok kuah.
'eeeehh..awak ni. kuah ni. Ya Allah. Malu la dekat menantu. Hari pertama ada menantu pn dh tunjuk perangai x elok.'
Azmir tersenyum sendiri dgn telatah mertuanya. Menghibur hati mudanya y baru berkahwin. Hatinya mengharapkan situasi itu juga utk dia dan Ainul. Gadis y dikahwini 12 jam y lalu. Gadis y di pinang 4 bulan y lalu sejurus Ainul mendapat ijazahnya. Gadia y dihantar notanya satu semester sebelum hari graduasinya. Gadis y akan bersamanya selama masa y Allah sahaja y mengetahuinya.
'Bu, Mir ke bilik kejap. Nak salin baju.' malu malu dia meminta diri.
Berdebar pula hendak melangkah ke bilik. Apa agaknya Ainul sdg buat. Mengemas bilik agaknya. Barang hantaran semuanya sudah diangkat ke bilik. Atau mungkin letih agaknya. Seharian bergambar. Lepas bergambar, menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk. Wajahnya tetap manis walaupun ketika membasuh pinggan. Buih buih sabun y melekat pada dahinya tidak sedikit pn menjejaskan keayuan wajahya. hish. Angau.
'Ainul...' pintu dikuak. Kelihatan Ainul sdg tidur. sperti bayi. comel.
Azmir memandang seraut wajah itu. Pucat. Letih sgt barangkali. Ditarik buku berwarna ungu y ditindih tgn Ainul. 'Malam malam pertama pn tulis assignment ke sayangku...hehe. ' bisik hati Azmir. Beberapa baris ayat tertulis pada muka surat y terbuka. Matanya curi curi membaca catatan itu.

B,
xsangka kita dah kahwin. Selama ni, kalau sy tulis dlm ni tentang apa y saya nak kita buat lepas kahwin, tiada nama pada watak awak. tapi sekarang saya boleh panggil awak Azmir. tapi xnak la. nak panggil B.
X sabar saya nak bagi buku ni pada awak. Isi hati sy sepenuhnya sepanjang menunggu awak dtg. Segala y saya teringin nak buat dgn suami sy ketika sy masih belum bergelar isteri. Jadi, nnti lepas kahwin. Awak boleh la rujuk buku ni ye.hehe


'Xsangka. dia simpan isi hatinya dalam buku semata mata ingin kurangkan perasaan y bergelodak dlm jiwanya. Bijak betul isteri B. Pandai cari jalan utk kawan perasaan sendiri.' 
Dilihat pada muka depan buku itu. Sebaris tajuk tertulis 'Surat surat buat Suamiku'. Tergelak Azmir membacanya. 'Terima kasih isteriku. B baca ye..' ucapnya dlm hati.
Helaian pertama diselak. Satu muka penuh terisi dgn ayat ayat dan satu tandatangan ringkas dibawahnya.

Awak, 
saya baru dpt buku ni dari kawan sy. Sy xtahu nk buat apa dgn buku ni. Tadi sy tgk cerita Dunia Baru 3. Sy rasa bestnyeeeeeeeeeee.....sbb tgk watak Madihah dan Darius. Kalau awak xtahu cerita tu, mtk dgn sy nanti taw. Kita tgk sesama.


awak awak. 
Nanti lepas kawin awk nak panggil sy ape? umm..kalau kita tukar nama panggilan setiap 3 bulan boleh? Baru best. Mcm org y baru bercinta. Sy ni kan budak budak sikit. xpe kan awak?


Sy rasa la kan. sy nak dengar panggilan first dari awak bila pertama kali awk masuk bilik sy mlm tu. eh, bkn malam pertama, jgn fikir bukan bukan ea...
nanti msti sy tertidur kan. sbb penat layan tetamu. Kalau sy x tertidur pn, sy nk buat buat tidur. sbb nnti sy nak awak bisik kt tlinga sy nama pggilan y awak nak panggil kt sy. haha. galak sy ni kan. sorry. k lah. nak pegi solat dlu. salam bakal suamiku, si anonymous.


Ainul





Azmir cuba menahan ketawa. Memang bersifat keanak anakan. Comel. :)
Baiklah.
Dihampiri sekujur tubuh y masih tidur dgn nyenyaknya. 'atau berpura pura tidur, wahai isteriku' bisik hati Azmir.
'Sayangku...' bisik Azmir ke telinga isterinya. Rasa lucu dgn keletah sendiri.
'Sayangku. Nyenyak tidur ke? atau...pura pura tidur ni?' ditahan ketawanya. Malu jika didengar ayah dan ibu.
'hummm....penat sgt ni' Azmir mengusap rambut isterinya. Lembut di tangannya. Lalu turun ke pipi. Gebu. 'Kamu sudah halal bagiku sayang...'
Tangannya berhenti disitu. Dahinya berkerut. Pelik.
'Kenapa.......'
Perlahan lahan jarinya diletakkan di hujung hidung isterinya. Lama ditunggu. Hatinya mula membisikkan kemungkinan kemungkinan y tidak ingin didengari dan dipercayai. xmungkin, xmungkin.
Jantungnya bagai disentap. Tersentak!
'Kenapa tiada nafas sayang' mengalir air matanya jatuh ke pipi.
Ainul, sayang.

Buat bakal suamiku, anonymousku.:)

p/s: sorry la xtahu nak tulis apa. ofkos. cerita cliche' ending cliche'.
tapi apa kesah. y penting dah siap.haha sorry kalau pnjg sgt.:) kalau rasa best, alhamdulillah. kalau x best sorry sbb dh buang masa anda baca benda ni:)
oh, and sorry kalau ada crita crita dlm ni y x tepat. 


BYE BYE!!!

Saturday, February 12, 2011

Music Suggestion.

Assalamualaikum

Hari ni, i want to suggest a few songs which i think very interesting!
This is according to categorisation

Hati Goyah:


Hati Gedik nak kawin:


Hati Normal

Hati Remaja Jiwang


kalau anda jatuh dalam mane2 kategori hati, please listen to these songs! they are marvellous. my top three for now is The Chosen One, Taubat seorang Hamba and Enchanted!


oh! lupa nak tambah...

hati bukan mana mana kategori di atas dengar lagu ni


special for my housemates! BUYEIN!


happy listening!

Never Knew (Mahabbah)

Assalamualaikum


I am so touched!
first of all, nak habaq mai..
tadi che' dah berjaya call family dan duration bercakap dah increase from 5 minutes to 30 minutes!!
terima kasih ya Allah.


kenapa excited sgt? sebab selalunye dan memang selama 9 tahun bergelar dewasa ni, setiap kali call rumah dari asrama or mane mane, duration berbual hanyalah 5 minit. record the least adalah 30 saat. paling lama adalah hari ini:) adik adik sekalian y tinggal di asrama, sila la hargai keluarga anda. balik la rumah selalu. sbb hanya dgn itu dpt mengeratkan hubungan dan rasa mahabbah dgn keluarga. jgn bila dah dok oversea cm akak ni, baru nak terhegeh hegeh buat benda tu semua.


Hari ini juga, bukak blog budak kecik comel y menggelarkan diri dia YUN CHAN KHALID. She writes an entry about me. so cutee....
seriously, have never across in my mind that someone would write an entry about me. just about me.:) thanks sis.
I am not celebrity or any famous babes y pandai menulis blog, berpakaian. I am just ordinary in person but insyaAllah extraordinary in personality:)


ini blog adik yun chan.

We know each other about last year rasanya. She added me in facebook. I have no idea dia siapa. At first, i tot she's my junior in high school, but then she said she does not know me and so do i.
i was quite pelik at that time. but, saya xkesah pn sbb i love making friends. then she posted on my wall with this cute quote "akak comel"
i was...."comel ke aku ni?haha" 
tapi honestly, i'm so happy. because i like when people love me.:)
it feels likeeeeee............................FIREWORK....mcm lagu Katty Perry tu.:)

dlm entry adik Yun chan tu kate dia tgk blog saya dah lain.
mungkin. dah x kebudak budakan. 
tapi jgn risau akan kebudak budakan lagi. 
i like simple things. masalahnya blogger pnya template kalau buat sendiri semua lebih2. 
xsuka.suka simple je. so pilih la y ni:)

mungkin sbb saya tukar url la kot, adik yun chan tulis entry ni. xdpt cari blog.
url blog y dlu mcm ni storery.blogspot 
dah tukar jadi

anyway, adik Yun Chan, thanks for the ENTRY!

never knew a stranger, at first, would like me this much *blush*
this is what islam called MAHABBAH fillah:)

Thursday, February 10, 2011

Istiqomah

Assalamualaikum.


The title itself has explained all. *then, should i close this entry?*:)
Bila tgk dunia hari ni, diri sendiri takut.. lemah lutut, blank fikiran, kalut hati..
bukan takut kpd dunia..tp takut kpd persiapan diri  y entah layak dipanggil persiapan atau tidak.

memang x mudah nak jadi baik. memang mudah nak buat jahat.
tapi biasalah.benda special bukan sng nak dpt. 
mana ada org dpt ikan yu or ikan paus kat sungai. betul x?

ujian kecil sahaja x mampu nak tempuh. sudah gagal. Lalu bagaimana ingin menempuh ujian y besar di saat Encik DJ dtg? (Dajal)

Tetapi, adakah apabila gagal sekali bermakna kita patut give up
"aku dah gagal, aku dah gagal. Allah xnak terima taubat aku. Baik aku jadi mcm dulu je."
Hamboooooiii, Senangnyeeeeeeeeeeeee. Sila bersangka baik dgn Allah ye. Kalau mcm ni la umat islam. Macam mana nk menang. Berperang dgn diri sndiri pn dah kalah. Macam mana nk memerangi musuh??

I'm not good in giving evidence of hadis or Quran. But, I've once heard that
"lebih baik buat sesuatu amal atau usaha baik y kecil secara berterusan dari membuat amal or usaha y besar namun tidak berlanjutan"

Analogi dia: Kalau seekor semut mengumpul sebiji entiiti gula (ape tu entiti? sy pn xtahu) y kecil itu atau serpihan-serpihan gula sahaja sebijik sehari, nescaya akan jadi byk.
Berbanding, seekor buaya y mndapatkan seketul daging y besar dan bersenang lenang dgn hasil dapatannya tanpa berusaha dah, kerana daging itu boleh habis dalam masa sehari atau setengah hari saja.

Jadi graf istiqomah kita mestilah ini macam
memperoleh bahan dari blog ENCIK INI





Kalau nak bercakap, memang panjang. tak cukup satu hamparan tanah nak mencatat. Tapi nak buat satu benda y kita cakap tu secara berterusan diibaratkan memikul satu dunia di atas bahu jemala patik wahai tuanku. kerana patik hamba y lemah dan baru ingin menguatkan diri.


p/s: kecewa dgn diri sendiri.

info info y lebih berilmiah, boleh dapat kat sini dan link y telah di tag

oh, lupa nak tambah. lagu ni saya dedikasikan utk semua y rasa GENGGAMANnya makin longgar. sbb ni la y saya cuba nak ingatkan diri saya selain dari lagu taubat seorang hamba pada entry lepas.. INGAT! fokus pada isinya, bukan melodi mahupun penyanyinya.