Tuesday, February 15, 2011

Manisnya Bercinta 3



Langit begitu cerah. Matahari memancar terang menembusi awan putih. Seputih salji. Tenang dan mendamaikan. Apa yang dilihat sekarang benar benar menggambarkan perasaannya. Jari jemari menyentuh muka depan buku di depannya. Matanya memandang dan meneliti buku pemberian Sarah 3 hari lepas. Cantik. Berwarna ungu. warna kegemarannya. Syukurnya. Peristiwa yang berlaku 5 bulan lepas mmbuka matanya. Terasa diri buta dengan cinta manusia. Benarlah kata orang. Cintakan bunga. bunga kan layu. Cintakan kumbang, kumbang kan lari. Cintakan manusia, manusia kan mati. Cintakan Allah, selamanya abadi.  Terasa diri diperbodohkan  nafsu sendiri.  Andai saja Sarah tidak menyergah masuk ke biliknya malam itu, dia mungkin masih terus hanyut dalam dunia fantasi butanya. Melayan setiap angan angan dan perasaan sementara yang tidak mungkin akan kekal.

__________________________________________________________________________________

'Ya Allah...Sarah.....fuhh...terkejut Ainul. Ingatkan siapa la.' ujar Ainul cuba menahan getar di suara sambil mngurut dada. Dia mengadap Sarah dan membelakangi laptop sekaligus menghadang pandangan Sarah dari skrin laptopnya. Perlahan lahan laptopnya ditolak ke bawah bantal. Jantungnya masih berdegup laju. Hampir gugur jantungnya tadi.

'Ain sihat? Lama Sarah x nampak Ain solat sama' Sarah memegang tangan Ainul lembut. Tersentuh hati Ain seketika.
'Ain...umm.. busy sikit. Ada hal kena uruskan. Maaf la.' sengih kambing terukir di bibirnya.
Sarah tersenyum. Dia tahu Ainul x bercakap benar. Namun, dia cuba utk tidak menuduh. Bersangka baik adalah cara yang paling baik sekiranya hal sebenar tidak diketahui.
'Ain, pernah dengar x kisah limau?'
Ain menggeleng. Pelik dgn pertanyaan Sarah.
 xkan dia nk lecture agama kat aku malam malam ni kot bisik hati Ainul
'Ada seorang prmpuan ni. Dia dtg ke majlis ilmu Rasulullah. Lalu dia mmberikan limau y sgt masam rasanya kpd Rasulullah. Rasulullah memakan limau itu. Sampai habis. Rasulullah x beri sedikit pn pd sahabat. Bila sahabat tanya kenapa, baginda berkata bahawa limau itu masam. Baginda takut sahabat2 x tahan dan akan mengatakan sesuatu y bakal menyakitkan hati prmpuan td'
Ain mendengar dgn keningnya berkerut.Matanya fokus memandang wajah bersih Sarah. Senyuman Sarah masih di situ. Manis.
'Pelik kan manusia ni?' Sarah memandang ke suatu sudut bilik Ainul.
'Kenapa ckp mcm tu?' pelik.

'Ya lah. Rasulullah begitu sygkan kita. Hingga nak lukakan hati org pn Rasulullah xnak. Hingga akhir nafas baginda pn baginda menyebut 'ummati, ummati'. Hingga ke alam barzakh pn baginda bangkit dari kubur dan mencari kita, ummatnya. Tapi kita, tetap nak cari cinta insan y baru dtg dlm hidup kita, lukakan hati kita bila mereka marah, menyebut nama kita hanya bila rindu dan bila di akhirat sana nanti, kita tidak akan dipedulikan. Malah mereka mungkin akan datang menagih pahala amalan kita.menuduh kita y menyebabkan mereka lalai'


Ainul memandang Sarah. tidak berkelip. Mata bulatnya memandang mata Sarah y mula bermanik air mata.
'Ain..' sambung Sarah. '...nanti di alam sana, Sarah takut kalau kalau org y Sarah pernah lalaikan contohnya lelaki akan dtg tuntut dari Sarah dgn berkata 'Dia y melalaikan aku dulu. Kalau dia x mesej aku selalu, telefon aku selalu, mesti aku akan ada masa beribadah kepada Allah'. Senang kan, Ain? utk hilang pahala kita y sememangnya sedikit.'
 Terpaku Ainul mendengar kata kata Sarah. Sehingga tidak mampu menoleh ke arah Sarah y bangun dan keluar meninggalkannya sendiri. Nafasnya tersekat. Dadanya sesak. Sesak kerana terpukul dgn kata kata Sarah. Tidak menuduh namun tepat terkena pada dadanya.


__________________________________________________________________________________
Tut tut!!

'Nul, balik minggu ni. Ayah suruh.'

bunyi mesej dari hensetnya membawa dia ke alam realiti. Pendek shja pesanan dari ibunya. Ayah. mesti rindu. Ayah sygkan aku. Xpernah marah aku. Ayah adalah tempat dia selalu berkelakuan seperti budak kecil. Ayah sabar dgnnya.Ainul tersenyum sendiri bila mengenang kisah ketidakmatangannya. Kenapalah dulu dia sanggup mengenepikan ayahnya semata mata kerana lelaki. Berbohong smata mata ingin menutup hubungannya dgn lelaki. Kadang kala dia menangis sendiri mengingati semua tu. Sedih bila dia terasa sgt berat dan hampir hampir ingin menghubungi kembali lelaki lelaki y pernah hadir dalam hidupnya. Sedih dgn kekuatan nafsunya utk mendekati maksiat. Sedih dgn hatinya y tidak kuat dlm melawan nafsu sendiri. Matanya mula basah kembali. Tidak. Dia tidak boleh menangis. Kelemahan itu harus dibaiki dan dilawan bkn ditangisi. Matanya memandang ke arah meja depan. Cafe penuh dgn pelajar pelajar y berpusu dtg utk makan tghari. Masing masing mgkin baru habis kelas. Ada y keseorangan, ada y berkumpulan dan ada y berpasangan. Seperti pasangan di depannya. Lelaki itu mengambil makanan utk pasangannya. Si dara pula tersenyum penuh manis menggoda. Rasa cemburu tibe tibe dtg menyerbu perasaannya.
'Andai saja aku masih berpasangan......'
'Astaghfirullah, Ain!' marah Ainul pada dirinya sendiri. Ditundukkan pandangannya. Dicapai buku pemberian Sarah. Lantas ditulis setiap perasaan y dia rasa saat itu. Sedih, cemburu, iri hati.....biar sejuk perasaan cemburunya. Biarlah. Andai perasaan mereka y lain bersambut oleh pasangan manusia. Buku ini menjadi pendengar perasaannya.
'Ain.....muahhh..' Sarah menegur dari belakang, melagakan pipinya lembut ke pipi Ain.
'Sarah. Dari mana.?' ditutup buku ungu. Malu dgn Sarah.
'Dari kuliah tadi dgn Prof Azmir. Oh ya, ini ada note dari Prof. Ainul ada lewat hantar assignment ke? Muka Prof serious je masa bagi note ni.'
Ainul mengeluh. 'humm..xpelah. Nanti Ainul pergi jumpa.' 
Mungkin kerana asignment cincai y dihantarnya 3 bulan lepas. Profesor muda itu sgt mementingkan kualiti. Ainul menggaru kepalanya y tidak gatal. Buntu. Apa alasan y harus diberi nanti. Kertas A4 berlipat itu dibuka.
'Besarnya kertas Prof guna. Tulis karangan ke prof ni.' ngomel hati Ainul.

Jumpa Prof esok.

Hah? Secoet ni je. mubazzirin, mubazzirin. ish ish ish.. Pembaziran kertas la Prof ni.' dilipat semula kertas itu. Kecut perutnya. Markah dia sikitkah? atau gagalkah? apa dia nak jawab dekat ayah. Balik pulak tu minggu ni.aduhhhhhh.....

_________________________________________________________________________________

'Ma.....!!! mana makanannya. cepat sikit.' panggil Hamzah. 'eh..mana Ainul ni. tadi ade je kat sini. Maaaa..Nul mana ma...' sekali lagi mama dipanggil.
'Ish awak ni. Ma, ma. macam budak kecil. Cuba la berperangai mcm bapak budak.' bebel isterinya manja.Sup tomyam y dibawa dari dapur diceduk ke mangkuk suaminya.
'Alah awak ni. Awak je la tempat saya bermanja lepas ni. Anak dah kahwin. Kesian saya' dramatik sekali luahan Encik Hamzah, berpura pura menangis di lengan isterinya y sedang menyedok kuah.
'eeeehh..awak ni. kuah ni. Ya Allah. Malu la dekat menantu. Hari pertama ada menantu pn dh tunjuk perangai x elok.'
Azmir tersenyum sendiri dgn telatah mertuanya. Menghibur hati mudanya y baru berkahwin. Hatinya mengharapkan situasi itu juga utk dia dan Ainul. Gadis y dikahwini 12 jam y lalu. Gadis y di pinang 4 bulan y lalu sejurus Ainul mendapat ijazahnya. Gadia y dihantar notanya satu semester sebelum hari graduasinya. Gadis y akan bersamanya selama masa y Allah sahaja y mengetahuinya.
'Bu, Mir ke bilik kejap. Nak salin baju.' malu malu dia meminta diri.
Berdebar pula hendak melangkah ke bilik. Apa agaknya Ainul sdg buat. Mengemas bilik agaknya. Barang hantaran semuanya sudah diangkat ke bilik. Atau mungkin letih agaknya. Seharian bergambar. Lepas bergambar, menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk. Wajahnya tetap manis walaupun ketika membasuh pinggan. Buih buih sabun y melekat pada dahinya tidak sedikit pn menjejaskan keayuan wajahya. hish. Angau.
'Ainul...' pintu dikuak. Kelihatan Ainul sdg tidur. sperti bayi. comel.
Azmir memandang seraut wajah itu. Pucat. Letih sgt barangkali. Ditarik buku berwarna ungu y ditindih tgn Ainul. 'Malam malam pertama pn tulis assignment ke sayangku...hehe. ' bisik hati Azmir. Beberapa baris ayat tertulis pada muka surat y terbuka. Matanya curi curi membaca catatan itu.

B,
xsangka kita dah kahwin. Selama ni, kalau sy tulis dlm ni tentang apa y saya nak kita buat lepas kahwin, tiada nama pada watak awak. tapi sekarang saya boleh panggil awak Azmir. tapi xnak la. nak panggil B.
X sabar saya nak bagi buku ni pada awak. Isi hati sy sepenuhnya sepanjang menunggu awak dtg. Segala y saya teringin nak buat dgn suami sy ketika sy masih belum bergelar isteri. Jadi, nnti lepas kahwin. Awak boleh la rujuk buku ni ye.hehe


'Xsangka. dia simpan isi hatinya dalam buku semata mata ingin kurangkan perasaan y bergelodak dlm jiwanya. Bijak betul isteri B. Pandai cari jalan utk kawan perasaan sendiri.' 
Dilihat pada muka depan buku itu. Sebaris tajuk tertulis 'Surat surat buat Suamiku'. Tergelak Azmir membacanya. 'Terima kasih isteriku. B baca ye..' ucapnya dlm hati.
Helaian pertama diselak. Satu muka penuh terisi dgn ayat ayat dan satu tandatangan ringkas dibawahnya.

Awak, 
saya baru dpt buku ni dari kawan sy. Sy xtahu nk buat apa dgn buku ni. Tadi sy tgk cerita Dunia Baru 3. Sy rasa bestnyeeeeeeeeeee.....sbb tgk watak Madihah dan Darius. Kalau awak xtahu cerita tu, mtk dgn sy nanti taw. Kita tgk sesama.


awak awak. 
Nanti lepas kawin awk nak panggil sy ape? umm..kalau kita tukar nama panggilan setiap 3 bulan boleh? Baru best. Mcm org y baru bercinta. Sy ni kan budak budak sikit. xpe kan awak?


Sy rasa la kan. sy nak dengar panggilan first dari awak bila pertama kali awk masuk bilik sy mlm tu. eh, bkn malam pertama, jgn fikir bukan bukan ea...
nanti msti sy tertidur kan. sbb penat layan tetamu. Kalau sy x tertidur pn, sy nk buat buat tidur. sbb nnti sy nak awak bisik kt tlinga sy nama pggilan y awak nak panggil kt sy. haha. galak sy ni kan. sorry. k lah. nak pegi solat dlu. salam bakal suamiku, si anonymous.


Ainul





Azmir cuba menahan ketawa. Memang bersifat keanak anakan. Comel. :)
Baiklah.
Dihampiri sekujur tubuh y masih tidur dgn nyenyaknya. 'atau berpura pura tidur, wahai isteriku' bisik hati Azmir.
'Sayangku...' bisik Azmir ke telinga isterinya. Rasa lucu dgn keletah sendiri.
'Sayangku. Nyenyak tidur ke? atau...pura pura tidur ni?' ditahan ketawanya. Malu jika didengar ayah dan ibu.
'hummm....penat sgt ni' Azmir mengusap rambut isterinya. Lembut di tangannya. Lalu turun ke pipi. Gebu. 'Kamu sudah halal bagiku sayang...'
Tangannya berhenti disitu. Dahinya berkerut. Pelik.
'Kenapa.......'
Perlahan lahan jarinya diletakkan di hujung hidung isterinya. Lama ditunggu. Hatinya mula membisikkan kemungkinan kemungkinan y tidak ingin didengari dan dipercayai. xmungkin, xmungkin.
Jantungnya bagai disentap. Tersentak!
'Kenapa tiada nafas sayang' mengalir air matanya jatuh ke pipi.
Ainul, sayang.

Buat bakal suamiku, anonymousku.:)

p/s: sorry la xtahu nak tulis apa. ofkos. cerita cliche' ending cliche'.
tapi apa kesah. y penting dah siap.haha sorry kalau pnjg sgt.:) kalau rasa best, alhamdulillah. kalau x best sorry sbb dh buang masa anda baca benda ni:)
oh, and sorry kalau ada crita crita dlm ni y x tepat. 


BYE BYE!!!

4 comments:

  1. errr?? meninggal k????? isy.. sadis! pe ni... sedih aku.. dh la aku ni jenis tk suke layan novel.. skali baca cerpen sadis cmni wa...... lagi aku fobia.. huhuhu
    p/s: aik?? kenape watak ainul tu cam aku kenal jer?? wahhahahaha... curah perasaan sndiri ek? hehhe..

    ReplyDelete
  2. hahhaha..aku malas nak tulis panjang2..sng2 wat mati r trus..kikiki..
    kenal ko?sapo? ko mu yein?hahha

    ReplyDelete
  3. uiikkkksS?? aku plop? wahhaaa.. jeng3.. kakkakaa

    ReplyDelete