Friday, March 25, 2011

Ayam Bakar Abah:)

Assalamualaikum....

kembali lagi kita dalam segmen mari memasak di blogspot zack! (tiap2 mggu nama rncangan berubah:P)
Today, my housemates and I went picnic at Marjon Field. We had a nice time there! I decided to cook Roasted Chicken Ala-ala Abah style (actually nk buat mcm ayam Taza.tp x jumpa resepi:)

But of course la kan, my dad's ayam bakar.Pehhhhhhh....super duper superb! memang tiada tandingannya di Kg Lubok Bunut.hehe

Okay, seperti biasa, let's usha usha pictures first. First impression is very important.:)


*Jom gelak ramai ramai.*


kononnya nak tiru ayam Mr Bean la kan. Ala ala English style gitu. Biasala, saya memang cita cita selalu nak tinggi. Bagus ape. kita aim tinggi tinggi, kalau tak dapat hasil yang tertinggi pun, but still , hasil tu insyaAllah masih lagi dikira top!
Tapi last last potong jugak. Sebab tahu dah, nanti x nampak rupa ayam la kalau biar sekor macam tu je. Tak potong lagi pun dah ada tangan tangan 'kecil' datang mengutis dan mengutil hujung hujung bontot dan badan ayam itu. LOL


                                                                       








Bagi la dekat rumah Epi sikit sebab rasa macam dah lama ja tidak berjumpa dan berkomunikasi dgn beliau.

So, are you interested to know about this recipe???? (haiii, know je ke...masak la sekali yek bila dah taw tu.:P)


Wokey, saya refer kat satu web ni, tp bahan bahan dia complicated sangat, jadi senang cerita ikut resepi abah sikit, gabung resepi web sikit. Ini kita namakan masakan terpimpin

Bahan bahan utk perap ayam.

1 biji bawang besar
2 cm halia (agak agak la seruas ibu jari korang ea)
3 ulas bawang putih
1 sudu besar (or pandai pandai agak) serbuk kunyit
1 sudu kecil (x berapa penuh) serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat (or lebih sikit suku sudu ke.ok jugak)
1 sudu kecil (x berapa penuh) black pepper.
1 sudu kecil gula ( xberapa penuh)
garam secukup rasa
boleh tambah cili merah dalam 2 biji utk pedas
atau serbuk cili dalam 1 sudu kecil (x berapa penuh jugak)

1. Blender je semua. Dalam 2 minit gitu. *Jangan terkejut kalau hasil blenderan itu berwarna hijau khakhi* sbb Saya pon dapat warne tu.:p
2. Ok, dah siap blender. Spread je dekat ayam tu dan biarkan ia terperap selama 3o minit or lebih lama. tapi jangan sampai lebih sehari.

3. Bakar dalam oven dengan suhu bertanda no 3 atau 4. (oven selain dari mcm ni, saya xtahu.pandai pandai agak la ye.)

4. Bila ayam tu mcm dah tunjuk tanda tanda masak sedikit (dalam half half macam tu) ambik sedikit olive oil dan sapukan pada badan ayam agar kulit ayam menjadi gebu halus dan lembut seperti saya. *hehe, xde lah*. Bakar lagi sehingga ia masak. (selalunya ambik masa about 1 hour and 15 minutes. or more or less. depend kepada saiz ayam.

Selamat mencuba!!!:)

p/s: OPSS! lupa nak pesan, sila rajin rajin jenguk dan ikuti perkembangan ayam di dalam oven. Ayam bakar ni lagi sedap kalau makan time panas panas. Meleleh my deaaaar:)

Thursday, March 17, 2011

Ayam Masak LizZauj

Assalamualaikum..

haha..ok jom gelak sama sama dlu dgn title resepi kali ni.:P
Comel x saya? walaupun saya ada assignment y kena submit minggu depan..tapi saya ttap berkeras utk berkongsi masakan kali ini dgn anda semua.[itu bkn comel, itu pemalas buat kerja namanya:p]

Ok Lah.. Mula Mula kena usha usha gambar dulu. Kalau nampak menarik baru semangat nak masak kan???


Menarik? Menarik? Baik. Mari mulakan.

Bahan Bahan: (for 5 people y kurus:p)

Ayam frozen (sebelah x sebelah sangat.mcm suku pn ye jgak)
[tp kalau ayam malaysia besar besar, so, dalam suku pn dh byk rasenye.
bawang besar satu bijik
bawang putih 3 ulas
halia 2 cm
Cili boh. dalam 3 sudu besar (bergantung pada kepedasan y dikehendaki)
Sos tomato 5 sudu besar (atau senang crita, ikut suka)
sayuran [tomato, kacang panjang, putik jagung, karot etc]
satu cawan air
garam
gula.
daun limau purut (2 helai)

1. Mula mula. Memotong kesemua ayam itu mengikut saiz saiz yang comel seperti saya:) dan bersihkan.
2. Blenderkan Bawang besar, putih dan halia.
3. Tumis kisaran di no 2 bersama sama cili boh sehingga naik bau:)
4. Masukkan sos tomato dan sedikit air (satu cawan)
5. Masukkan ayam dan 3 minit selepas tu, masukkan sayuran y susah nak empuk seperti karot, potato etc. [sayur lain biar dlu]. Biarkan ayam masak dan empuk
6. Masukkan sayur sayuran dan daun limau purut.
7. Last sekali garam dan gula secukup rasa.

Jadi, hasilnya nanti, anda akan dpt kuah y pekat x pekat dan rasa masam manis sikit.:) [kalau x dpt result camni, meh dtg rumah 32 saya tlg buat..gurau je]

SELAMAT MENCUBA!

p/s: doakan sy siap kerja cepat cepat:)

Tuesday, March 15, 2011

Kerana Mereka dan Aku Lupa

Assalamualaikum..
mood: tersedar




Ya Allah
setiap y Engkau pinta kami kerjakan,
tidak lain utk diri kami sendiri.
setiap apa y Engkau tegurkan
tidak lain tapi utk kesejahteraan kami


Ya Allah
kami sentiasa buta.
kami sentiasa tidak mengerti,
kami pnya rasa ingin membantah.
kadang kadang kami membuat helah.

Ya Allah
andai kami masih buta
celikkanlah kami.
andai begitu kejap pejamannya
cariklah kelopak mata ini walau dgn besi dari neraka sekalipn

Ya Allah 
andai kami masih tidak mengerti.
tegurlah kami
tempelaklah kami walau dgn sekuat ribut sekalipn.

Ya Allah 
jika kami membantah.
hukumlah kami.
jika kami membuat helah
ajarlah kami.

Agar kami sedar.
kesemua nikmat y kami lupa engkau berikan
boleh ditarik balik walau dalam 0.00000000000000000001 saat sekalipn.


Jadikanlah kami hambamu  y bersyukur.
Selamatkanlah ahli keluargaku ya Allah.
Jauhkanlah ibuku dari kesusahan dan kekafiran
Lapangkanlah dada ayahku
Celikkanlah hati adik adikku
Bimbinglah abang abangku.


AyAt MudahNya aDalah." Ya Allah, selamatkanlah ahli keluargaku dan lindungilah kami:)"

mimpi malam ini y membuatkan aku tersedar pada jam 4.10 pagi benar benar terkesan di hatiku. Seolah olah Allah mengajarku directly. Seolah olah dia membuka hijab masa hadapan tntg apa kemungkinan y terjadi pada keluargaku di masa hadapan sekiranya aku terus alpa.


TANGAN Y MEMBERI LEBIH BAIK DARI  TANGAN Y MENERIMA. 
murahkanlah rezekiku ya Allah agar aku lebih byk memberi dari menerima.amin

Thursday, March 10, 2011

Nasi Ayam Modified Version

Assalamualaikum,

My housemate, Aisyah made a wish to have nasi ayam. It was my turn to cook. So, why not? Isn''t it? It was my first time making nasi ayam. I think everything were almost perfect.:)

ok, resepinya saya dpt di MY RESEPI but i had to modify it because some ingredients were not available. But it doesn't matter isn't it? coz, as a cook, I need to be creative:) [but please, not too creative:P]

So??? What are we waiting for? Let's roll up our sleeves!

Honestly, sy xtaw the exact ukuran for each bahan. Main agak2 je...So, forgive me ea?:)


Firstly, rebus ayam sampai empuk. [xkesah saiz ayam. saiz besar lagi ok, sebab kalau kecik nnti ayam hancur]. btw, ayam tu kena lumur dengan 2 cm halia dan 2 biji bawang putih. tapi sy terlupa plak. Jadi saya masukkan bwg putih dan halia y diketuk [ditumbuk sepatutnye] ke dalam periuk.
rebus lama-lama dengan banyak air.sebab separuh air kita akan guna untuk masak nasi dan setengah lagi, kita akan buat sup:)

more or less 30 minutes camtu la

sambil sambil tunggu ayam tu, kita boleh buat sos dia. 
sebagai chef y berdedikasi, kita kena pantas dlm buat kerja. 
Bahan Bahan:
2 biji bwg putih
5 biji lada merah [tapi sy guna sos cili + sos tomato+ lada hijau sebab xde lada merah]
2 cm halia.
1 sudu teh gula or more.
1 cubit garam or more
[blender je semua]

Kalau dlm MY RESEPI tu xde kicap. tapi sy buat jugak kicap pedas ni

dalam 2 sudu besar kicap
3 atau 4 biji lada hijau or merah
2 ulas bwg putih y dah dibakar
sedikit halia
sedikit garam dan gula.
[blender semuanya]

Basuh beras.
Panaskan 3 sudu butter dan goreng 2 biji bwg putih dan 1 cm or 2 cm halia sehingga garing.
Masukkan separuh air rebusan ayam td ke dalam beras dan masukkan bahan2 y digoreng bersama butter tadi. Masak di atas dapur atau periuk letrik. boleh masukkan sedikit garam dan stok ayam utk lebih naikkan dia nye ump!

air rebusan ayam y tinggal tadi, boleh ditambah sedikit lagi air untuk banyakkan kuah dan rebus bersama ayam lagi. Setelah air rebusan kelihatan kaya dgn air tulang ayam, maka keluarkan ia dari periuk dan tuskan.
air rebusan tadi akan dibuat sup.
bahan-bahan:
air rebusan
sup bunjut.
potato y dikupas dan dihiris cube
halia 2 cm
1 biji bawang besar [dipotong]
garam dan gula atau ajinamoto secukup rasa.
campak je semua dalam periuk dan biarkan ia mendidih.

ayam y dituskan tadi, boleh la diperap.
Bahan perapan:
Kicap pekat 2 sudu besar [y mane rasa best]
kicap cair [y mane rasa best]
sos tiram [x letak pon, xde.]
2 biji bwg putih [di tumbuk]
1 cm halia [ditumbuk]
gaulkan dan perap selama berapa minit or selama mana y korang nak.
lagi lama lagi sedap. [tapi jgn smpai lusa]
lepas tu boleh la dibakar or goreng.



siap! jang jang jang! 
boleh makan talam bersama housemates:)
lagi sedap dan menarik kalau ada daun salad, hirisan tomato dan mentimun.
dan dlm mase beberapa minit sahaja


dah habisss!!!huhu

Aisyah kata sedap! yay! dh boleh kahwin:)

SELAMAT MENCUBA bagi y belum pernah!!!

Sunday, March 6, 2011

Pergh 3- Infinity kenangan, Uncountable Pengalaman

Assalamualaikum:)

wah, dengar tajuk pn mcm dah gempak kan? of course! it is GEMPAK. Because the title itself is PERGHHHH~~~:)

Hari ni, saya bukan nak cerita apa y saya dengar dari program tu tapi pemerhatian saya dan perasaan saya semasa di program itu.

Dua hari lepas saya dan kengkawan ke Southampton or Soton utk program PERGH 3. Program siri ke 3 yang sudah sampai ke penghujung untuk tahun ini. Sejujurnya, saya rasa pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh bukan sahaja dari program tapi dari mula perjalanan untuk ke program tu lagi.


HOW???

Because, dalam perjalanan itu sndiri, saya lihat kawan kawan saya begitu bersemangat. Dalam train, saya perhatikan one group of my friends who sat with an English women were discussing about polygamy. She seemed interested with it. While another group sat with a Taiwan guy. They were discussing something too. I think, it was also about marriage. Hebat kan? Dorang dah start berdakwah. Jealous tuuuuuu.
Me? I sat with Kak Fizah, my Kakak Usrah. We exchanged stories about the places that we have been since we have arrived in UK. I shared about Morocco and Kak Fizah shared about Italy, Belgium and many more.

Bila dh sampai dan tidur di Masjid Abu Bakar, if i'm not mistaken. Pagi esoknya, kami bersiap untuk ke tempat program. and SubhanAllah! kawan kawan saya, sambil sambil duduk berbual menunggu kawan kawan yang lain bersiap, dorang create a halaqah dan eventually a discussion bermula. We discussed about "Our aims before and after we came to UK".

Honestly, everyone seemed to agree yang memang aim mereka before and after ke UK lain. Kerana lepas dtg sini, mereka lebih rasa nikmat menjadi org islam disebabkan rasa 'asing' itu. Kemudian terbukalah pula topik tentang 'TOLAKAN' yang pernah ada dalam blog Qum Faanzir. iaitu blog kak Ummu. Kak Fizah pun menyebut tentang usaha y kita rasa dah banyak kita lakukan tetapi tidak berjaya utk menjadi baik. Namun, jangan sedih sebab Allah itu maha penyayang. Dia akan kira juga usaha kita untuk cuba jadi baik itu. Tibe tibe, saya rasa satu perasaan timbul dlm dada sy. Namun, sy ignore dan terus dengar.
Khairun Sofea @ Pia teringat kisah dia pernah mengadu kepada kak Ummu tentang rasa lost dia bila dtg UK masa mula mula dulu. bkn lost kerana sesat. tetapi kerana sudah x merasai the sweet of iman. Dia rasa lack of something. Saya pn ada masa tu. dan saya tahu perasaan y Pia cuba beritahu Kak Ummu time tu.  Bila mendengar perkataan 'lack' ini, sekali lagi perasaan itu dtg.

Bila semua orang diminta share experience dorang. I shared mine too. I told them that saya dan Pia cerita kpd kak Ummu tentang prasaan y berperang dlm diri saya dlu. Yang mana, setengah dari diri saya ingin jadi seperti wanita2 di luar sana y menjalani kehidupan biasa tanpa ikut syariat sebenar dan 'enjoy' life dalam erti kata dunia sekarang. Tetapi pada masa yang sama sy juga ingin menjadi seorang yang baik. Saya sebut tentang kak Ummu jelaskan bahawa hati kita mgkin terlalu cintakan dunia. Suddenly  I burst into tears. Perasaan sebak itu datang secara tibe tibe bila saya sebut tntg hati y cintakan dunia. Saya nak kawal, tapi xdpt.

Bila sampai di programme, Ummi Nadzirah a.k.a kawan sy, tanya

' boleh aku tanya something x? awat ang menangis tadi?'

'Mula2 aku pn xtahu. I mean, aku rasa nak nangis sejak aku dengar perkataan 'berusaha tapi gagal' dari kak fizah, 'lack of something' dari someone y lain dan bila aku sebut tentang 'hati y cintakan dunia'.

Tapi kenapa?

'Sebab aku rasa aku berusaha utk jadi baik tapi aku gagal, aku rasa diri aku ni lack of something, aku rasa aku ni jenis cintakan dunia dan aku rasa aku ni jahat. Dalaman aku sgt jahat.'

dan serius, saya memang rasa mcm tu. Kamu semua pernah x rasa macam tu? Pernah kan? Sedih kan? Kadang kadang rasa kita ni dah x diterima Allah je. Rasa diri ni munafik.

Time program tgh berjalan, ustaz sebut tentang kehebatan sahabat sahabat nabi. Eventually, sy terfikir tentang mereka juga dan terdetik dalam hati saya 'aku pn nak jumpa dorang jgak. agak2 dorang gembira x jumpa aku? atau aku xsempat pn jumpa dorang?'

Personally, i think perjalanan ke Pergh 3 dan Pergh 3 itu sendiri membawa byk erti kepada saya. Walaupun di akhir program saya rasa pening kepala dan mula hilang fokus. Tapi, Ustaz Nabir dan Ustaz Izzam sgt hebat dgn pengisian masing masing.

Habis program, kami pn Jaulah ke Winchester. SubhanAllah. sgt cantik!

Hasil ciptaan manusia, makhluk Allah.
subhanAllah, time ni scenery sgt cantik. 
ok abaikan model tu. background tu y penting

che' pn xtaw la pasai apa che' buat lagu tu..
tak pa tak pa. kita tumpu kat ciptaan Allah hat belakang tu. 
Kalu tengok live, memang mengucap panjang la. sebab sgt CANTIK!



p/s: sorry , ingat nak upload video forum yang saya rakam masa program Pergh 3, tapi ada masalah teknikal. video x dapat diupload setelah try banyak kali. maaf ye