Friday, March 25, 2011

Ayam Bakar Abah:)

Assalamualaikum....

kembali lagi kita dalam segmen mari memasak di blogspot zack! (tiap2 mggu nama rncangan berubah:P)
Today, my housemates and I went picnic at Marjon Field. We had a nice time there! I decided to cook Roasted Chicken Ala-ala Abah style (actually nk buat mcm ayam Taza.tp x jumpa resepi:)

But of course la kan, my dad's ayam bakar.Pehhhhhhh....super duper superb! memang tiada tandingannya di Kg Lubok Bunut.hehe

Okay, seperti biasa, let's usha usha pictures first. First impression is very important.:)


*Jom gelak ramai ramai.*


kononnya nak tiru ayam Mr Bean la kan. Ala ala English style gitu. Biasala, saya memang cita cita selalu nak tinggi. Bagus ape. kita aim tinggi tinggi, kalau tak dapat hasil yang tertinggi pun, but still , hasil tu insyaAllah masih lagi dikira top!
Tapi last last potong jugak. Sebab tahu dah, nanti x nampak rupa ayam la kalau biar sekor macam tu je. Tak potong lagi pun dah ada tangan tangan 'kecil' datang mengutis dan mengutil hujung hujung bontot dan badan ayam itu. LOL


                                                                       








Bagi la dekat rumah Epi sikit sebab rasa macam dah lama ja tidak berjumpa dan berkomunikasi dgn beliau.

So, are you interested to know about this recipe???? (haiii, know je ke...masak la sekali yek bila dah taw tu.:P)


Wokey, saya refer kat satu web ni, tp bahan bahan dia complicated sangat, jadi senang cerita ikut resepi abah sikit, gabung resepi web sikit. Ini kita namakan masakan terpimpin

Bahan bahan utk perap ayam.

1 biji bawang besar
2 cm halia (agak agak la seruas ibu jari korang ea)
3 ulas bawang putih
1 sudu besar (or pandai pandai agak) serbuk kunyit
1 sudu kecil (x berapa penuh) serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat (or lebih sikit suku sudu ke.ok jugak)
1 sudu kecil (x berapa penuh) black pepper.
1 sudu kecil gula ( xberapa penuh)
garam secukup rasa
boleh tambah cili merah dalam 2 biji utk pedas
atau serbuk cili dalam 1 sudu kecil (x berapa penuh jugak)

1. Blender je semua. Dalam 2 minit gitu. *Jangan terkejut kalau hasil blenderan itu berwarna hijau khakhi* sbb Saya pon dapat warne tu.:p
2. Ok, dah siap blender. Spread je dekat ayam tu dan biarkan ia terperap selama 3o minit or lebih lama. tapi jangan sampai lebih sehari.

3. Bakar dalam oven dengan suhu bertanda no 3 atau 4. (oven selain dari mcm ni, saya xtahu.pandai pandai agak la ye.)

4. Bila ayam tu mcm dah tunjuk tanda tanda masak sedikit (dalam half half macam tu) ambik sedikit olive oil dan sapukan pada badan ayam agar kulit ayam menjadi gebu halus dan lembut seperti saya. *hehe, xde lah*. Bakar lagi sehingga ia masak. (selalunya ambik masa about 1 hour and 15 minutes. or more or less. depend kepada saiz ayam.

Selamat mencuba!!!:)

p/s: OPSS! lupa nak pesan, sila rajin rajin jenguk dan ikuti perkembangan ayam di dalam oven. Ayam bakar ni lagi sedap kalau makan time panas panas. Meleleh my deaaaar:)

No comments:

Post a Comment