Thursday, March 17, 2011

Ayam Masak LizZauj

Assalamualaikum..

haha..ok jom gelak sama sama dlu dgn title resepi kali ni.:P
Comel x saya? walaupun saya ada assignment y kena submit minggu depan..tapi saya ttap berkeras utk berkongsi masakan kali ini dgn anda semua.[itu bkn comel, itu pemalas buat kerja namanya:p]

Ok Lah.. Mula Mula kena usha usha gambar dulu. Kalau nampak menarik baru semangat nak masak kan???


Menarik? Menarik? Baik. Mari mulakan.

Bahan Bahan: (for 5 people y kurus:p)

Ayam frozen (sebelah x sebelah sangat.mcm suku pn ye jgak)
[tp kalau ayam malaysia besar besar, so, dalam suku pn dh byk rasenye.
bawang besar satu bijik
bawang putih 3 ulas
halia 2 cm
Cili boh. dalam 3 sudu besar (bergantung pada kepedasan y dikehendaki)
Sos tomato 5 sudu besar (atau senang crita, ikut suka)
sayuran [tomato, kacang panjang, putik jagung, karot etc]
satu cawan air
garam
gula.
daun limau purut (2 helai)

1. Mula mula. Memotong kesemua ayam itu mengikut saiz saiz yang comel seperti saya:) dan bersihkan.
2. Blenderkan Bawang besar, putih dan halia.
3. Tumis kisaran di no 2 bersama sama cili boh sehingga naik bau:)
4. Masukkan sos tomato dan sedikit air (satu cawan)
5. Masukkan ayam dan 3 minit selepas tu, masukkan sayuran y susah nak empuk seperti karot, potato etc. [sayur lain biar dlu]. Biarkan ayam masak dan empuk
6. Masukkan sayur sayuran dan daun limau purut.
7. Last sekali garam dan gula secukup rasa.

Jadi, hasilnya nanti, anda akan dpt kuah y pekat x pekat dan rasa masam manis sikit.:) [kalau x dpt result camni, meh dtg rumah 32 saya tlg buat..gurau je]

SELAMAT MENCUBA!

p/s: doakan sy siap kerja cepat cepat:)

No comments:

Post a Comment