Saturday, June 22, 2019

Meaningful Little Things

Assalamualaikum

Aku rasa mesti korang salah sorang bawang rangers yang suka jadi silent dan active reader blog beautifulnara rotikaya dan blog gosip tak bertauliah lain. Aku pun, sama la juga.

Tapi aku bukan nak membawang gosip producer baru bercerai or selebriti chef curang. No no no. Jangan buat silap netizen sekalian. Zaman sekarang zaman buat duit dengan saman bawang bawang kurang cerdik. Kecuali kau takde duit nak saman la kan.

Ok, back to my story. Apa aku nak cerita sebelum melalut tadi adalah... kebelakangan ni banyak kes kes cerai curang poligami dan semua mak bapak kes rumahtangga yang sedih kalau kita baca. Ramai yang bagi sebab tak ada sefahaman, tak sehaluan dan tak boleh nak go on dah.

Pada pendapat aku, semua orang pernah lalui fasa mengenali pasangan kan. Tak kira la kau dah bercinta 7 keturunan pun, once kau dah kahwin dengan dia..it's like a whole new world to you and your partner.

Today, aku kurang sihat sebenarnya. Hidup aku sangat busy dan tertekan lately. Nak dijadikan cerita, aku cirit birit dah masuk 3 hari (on off) dan yesterday aku start sakit kepala sebab air dalam badan dah makin kurang la kan. Kemuncaknya adalah harini apabila aku pergi kerja aku tak dapat nak fokus. Dan bila aku dah habis waktu mengajar. Aku tidur tanpa sedar sekolah dah habis.

Balik sekolah, husband aku bawa aku lunch dan biarkan aku rest sementara dia settle hal kereta aku yang ada masalah takleh nak start. Waktu malam pulak dia kejut aku mandi dan bawa aku dinner. Then, dia ada kerja kena settle di hospital. Jadi dia minta aku tunggu kejap. Waktu aku baru nak terlelap, tiba tiba ada orang buka pintu kereta. Aku hampir hampir nak jolok mata dia dengan payung yang ada kat lantai. Nasib baik tak sempat.

"Yang, abg dah booking hotel. Syg gi check in ok. Lama lagi ni. Banyak kes lagi abg nak kena settle. Kesian syg. Nanti sakit kepala lagi teruk. Tapi hotel budget je la. Nah, kad. Keluarkan duit eh. Kena byr cash. OYO yang, eh (nama hotel)"

Aku dalam keadaan kepala tiga suku terus buat seperti yang diarahkan. Dekat sangat je hotel yang dia booking.  Mungkin sebab dia tahu aku takleh drive sangat waktu kepala tengah biol ni. Tak sampai 5 minit.

Korang mesti tengah cuba nak link apa kaitan artis dengan aku kan. Tak kan la aku ni artis kot. Memang tak la kan. Tapi, apa aku nak highlight adalah... benda benda kecik macam ni la yang kita kena ingat waktu kita ada selisih pendapat dengan pasangan.

Eh kak. dah dia husband mesti la kena jaga keselesaan anak isteri. Hotel budget je kot. So what.

Senah, yang suka menjawab... tak semua pasangan sedar tanggungjawab tu. Jadi bila pasangan korang buat benda tu... bersyukurlah... dan ingatlah bahawa itu cara seorang lelaki tunjuk kasih sayang pada isteri. Dia dengan rela hati pergi kerja pagi balik malam. Itu pun cara dia tunjuk kasih sayang.

So, jom lah kita muhasabah diri. Semoga kita sentiasa diredhai dan diberi kebahagiaan. dont put too much expectations on your partner. Dia manusia biasa je guys. Bukan Tony Stark.

Tony stark pun manusia biasa

Shush!shush! Senah. Tony Stark ada sut Iron Man dan dia kaya nak mampus, ok. Kerja nak menjawab je kau eh.

K bye.

Tu bukan pocong takde kepala. Tu laki aku tengah sembahyang. Jadi, kau kerja sampai jam 5.30 pagi sekalipun, jangan lupa sembahyang isyak. Baru sembahyang subuh