Thursday, August 25, 2011

Kisah 3 Abdullah Yang Bijaksana

Cerita ini dikatakan berlaku di zaman jahiliah dimana terdapat seorang lelaki kaya mempunyai 3 orang anak dan kesemuanya bernama Abdullah. Ketika lelaki ini meninggal dunia, anak-anaknya sangat terkejut kerana terjumpa wasiat berbunyi: 2 Abdullah mendapat waris dari harta ku dan satu Abdullah tidak dapat mewarisi harta ku. Kesemua Abdullah sanagat hairan dengan wasiat ini dan masing-masing mencari siapakah yang dimaksudkan dengan Abdullah yang tidak dapat mewarisi harta ayahnya itu. Ketiga-tiga Abdullah ini pun sepakat untuk berjumpa dengan hakim yang terletak jauh dari kampung mereka.






Dipendekkan cerita, ketika mereka dalam perjalanan mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang mencari untanya yang hilang, belum sempat lelaki itu menerangkan keadaan untanya, Abdullah pertama menyatakan: Apakah unta tuan buta sebelah mata?? Lelaki itu sangat terkejut lalu berkata: Ya, dimanakah tuan lihat unta saya? Jawab Abdullah pertama : Tidak saya tak melihatnya. Belum sempat lelaki itu meneruskan kata-katanya lagi, Abdullah kedua pula berkata: Unta tuan itu tidak ada ekor ke? Lelaki tambah terkejut: Ya, ianya unta kontot, tuan nampak ke unta saya ?? Tak nampak pun jawab Abdullah kedua.Belum sempat apa-apa lagi Abdullah ketiga pula berkata: Tuan, unta tuan tu sebelah kakinya tempang? Lelaki itu memekik: Hah!! sahlah kamu bertiga mencuri unta saya!! Kalau kamu tak nampak macam mana kamu boleh sifatkan unta itu kepada saya. Lelaki itu berkata: Kalau kamu semua tak mengaku mencuri saya akan bawa kamu semua berjumpa hakim. Jawab 3 Abdullah itu: Moleklah kalau begitu kami pun memang sedang menuju ke rumah hakim. Lalu keempat-empat orang lelaki itu pun berjalanlah menuju rumah hakim.Adat orang Arab memuliakan tetamu dan memberi makan yang lazat2. Lalu sebelum hakim menyelesaikan kes mereka, terlebih dahulu dia menjamu tetamu yang datang dari jauh. Disuruhnya khadamnya memberikan makanan yang lazat kepada keempat-empat tetamu itu, dalam masa yang sama dia menghantar seorang khadam khas untuk mengintip perbualan mereka.







Selepas selesai makan, Abdullah pertama berkata: Orang yang memasak roti yang kita makan tadi ialah perempuan hamil. Abdullah ketiga berkata: Sebenarnya Hakim yang kita nak jumpa ni adalah anak zina. 

 Sewaktu mereka menanti-nati ketibaan hakim maka tuan unta yang hilang itu bertanya: Wahai Abdullah semua, kalau kamu semu tidak mencuri unta saya, bagaimana pula kamu dapat menyifatkan unta saya???? Abdullah pertama menjawab: Unta kamu tu juling(buta sebelah mata...sebanarnya bukan juling) sebab aku lihat rumput disebelah kanan tempat unta itu diikat tidak dimakan, dia hanya makan rumput sebelah kiri sahaja, ini tandanya matanya sebelah telah tidak berfungsi. Lelaki itu bertanya: mengapa pula tuan dapat mengetahui unta saya kontot??  Abdullah kedua menjawab: Tabiat unta ialah menggerak-gerakkan ekornya bila dia berak. Dengan itu najisnya akan berterabur. Aku dapat tahu uta kamu itu tidak berekor bila aku tengok najisnya bertompok-tompok. Lelaki itu bertanya lagi: Bagaimana tuan dpt mengetahui unta saya tempang sebelah kakinya?? Abdullah ketiga menjawab: Saya dapat tahu unta tuan tempang kerana kesan tapak kaki unta atas tanah biasanya empat, tapi kesan tapak kaki unta tuan hanya ada tiga sahaja. Lelaki itu sangat terpegung dengan kebijaksanaan ketiga-tiga Abdulah itu, dia meminta maaf kerana menuduh mereka mencuri.Dipihak yang lain Hakim memanggil khadam yang dihantar lalu bertanya: Apakah yang dikatakan oleh ketiga-tiga lelaki yang kamu dengar???  Khadam menjawab: Abdullah pertama mengatakan perempuan yg memasak roti adalah wanita hamil. Terkejut dengan kata-kata itu Hakim pun pergi berjumpa tukang masak dan didapati benar dia wanita hamil.Dia datang lagi, lalu bertanya kepada khadam, apa lagi yang dikatakan. Khadam memberitahu Abdullah kedua mengatakan hidangan yang diberikan kepada berekeka ialah masakan daging anjing. Hakim sangat terkejut dengan kata-kata itu lalu pergi menyiasat apakah kata-kata itu benar. Selepas dia menyoal siasat ketua tukang masak didapati kata-kata itu benar. Dia telah mencuri peruntukan membeli daging kambing sebaliknya menangkap anjing liar. (Orang arab menghidangkan kepada tetamu kambing muda yg masih agak kecil kerana dagingnya sedap, saiznya lebihkurang anjing saja!!!)Selepas kembali Hakim bertanya lagi, apa lagi yang dikatakan oleh Abdullah itu. Khadam mengatakan itu saja yang dikatakan tetapi dari kegelisahannya Hakim dapat mengetahui ada soalan yang disembunikan oleh khadamSetelah mengugut khadam itu, barulah dia berterus terang menceritakan bahawa Abdullah ketiga mengatakan Hakim adalah anak zina.Mendengarkan kata-kata itu Hakim sangat terkejut dan dengan segera di meluru pergi berjumpa dengan ibunya. Ibunya dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan tersebut. Namun demikian setelah melihat anaknya sangat beria ria untuk mengetahui hakikat sebenar, ibunya akhirnya mengakui hakikat Hakim adalah anak orang lain bukan anak ayahnya sekarang....ibunya pun bercerita panjang cerita sebenarSetelah menangisi keadaan dirinya Hakim kembali kepada Abdullah dan dia sangat takjub dengan maklumat yang mereka ketahui. 




Sewaktu di depan Abdullah Abdullah, Hakim berpura-pura tidak mengetahui apa yang dikatakan oleh ketiga-tiga Abdullah. Dia bertanya masalah yang membuatkan mereka datang berjumpanya.Mereka pun menerangkan bahawa mereka menghadapi masalah wasiat ayah mereka yang terlalu umum. "Kami datang untuk mengetahui siapakah Abdullah yang dikecualikan dari puasaka seperti dalam wasiat ayah kami"  Sebelum hakim menyelesaikan masalah, dia bertanya wahai Abdullah pertama, dari mana kamu dapat mengetahui tukang masak yg menyediakan roti adalah wanita hamil? Jawab Abdullah: Tuan Hakim, roti yg dibawakan kepada kami itu rendah pada satu bahagian tepi, ini kerana perempuan yg menyediakan roti itu tertekan roti itu dengan perutnya tetapi bahagian roti yang lain tidak tertekan. (sapa-sapa yg biasa tengok org arab buat roti mmg faham dengan situasi ini)Hakin sangat terkejut tetapi terus bertanya: Abdullah kedua dari mana kamu mengetahui daging yang kamu makan tadi adalah daging anjing???Tuan hakim daging kambing susunannya begini... Tulang dibahagian dalam, diikuti daging dan kemudiannya lemak pada bahagian atas.sementara masakan yang kami makan susunannya ialah tulang pada bahagian dalam, diikuti lemak pada bahagian tengah dan daging pada bahagian luar, itulah susunan daging anjing.Hakim sangat kagum dengan kebijaksanaan Abdullah, yang terakhir ialah soalan yang sangat sensitif dia bertanya juga kepada Abdullah ketiga mengapa kamu katakan aku adalah anak zina, dari mana kamu dapat tahu?? Abdullah menjawab dengan marah:Tuan menghantar orang mengintip gelagat dan percakapan kami, perbuatan ini tidak dilakukan oleh orang baik-baik sebab itu saya memaki tuan dengan perkataan itu!!! Hakim itu pun memberitahu, engkaulah Abdullah yang tidak mendapat wasiat pusaka itu..cer teka cer teka 
bakpeee..




























Hakim berkata: Nampaknya kamu pun samalah (anak zina) sebab kamu memaki aku dengan perkataan itu, engkaulah anak zina sebab itulah ayahmu mengatakan seorang Abdullah tidak 
mendapat pusaka dan engkaulah orangnya.






Menarik kisah ini. Saya suka. Original author: Ustadz Malizi Kuh

No comments:

Post a Comment