Tuesday, November 22, 2011

Tanggungjawab dalam Sisterhood

Assalamualaikum

berapa ramai orang yang ada adik perempuan atau kakak? angkat tangan! hehe. hari ni, nak bercakap tentang tanggungjawab dalam sisterhood. family ni ade macam macam jenis. bila ada macam macam jenis maka berbeza beza la cara mereka dalam berkomunikasi. ada yang bercakap pasal fesyen, personal status, study etc.

tapi amat la rugi sisterhood itu kalau dia tidak ambil peluang utk jaga adik/kakaknye dari segi fiqh wanita. apa yang saya maksudkan dengan fiqh wanita? kalau ade adik yang still umur 12 tahun 13 tahun, mesti la dorang baru datang bulan kan? kadang kadang ade yang ambil mudah dengan hal seperti ini:

"alah, dorang mesti dah tahu pasal semua tu, sebab kat sekolah mesti ajar"
"senang je benda tu. Lepas habis, mandi start dengan anggota kanan dlu"
"lepas habis waktu kotor tu, semayang la"

dialog dialog di atas memang menbantu. tapi seciput je. Kalau kita fikirkan mendalam lagi, ia melibatkan lebih dari itu dan boleh memberi kesan yang sgt sgt sgt lebih dari permukaan yang kita lihat. Jom kita tengok satu satu

Belajar di Sekolah: ye, memang betul dia belajar di sekolah, tapi adakah dia betul betul faham? perempuan ni memang bersikap malu tambah tambah hal hal sensitif macam ni. Di sesetengan sekolah, ustaz atau ustazah terangkan kepada seluruh kelas. si perempuan yang tengah tahan malu dah tak fokus dan dapat 1/3 (reka je fact ni) je dari info yang diberikan.

Mandi bermula dengan anggota kanan: pun betul, tapi sebenarnye procedure dia lebih dari ini. dan yang lebih ini la yang perlu diterangkan.

Lepas habis satu jangka masa, boleh semayang: Dasarnye, ye. memang betul. sangat sangat sedih bila tanya sisters macam mana dorang monitor bulan bulan "oh, tiap kali lepas habis solat lah". tapi adakah dah pasti dengan senggang masa di antara dua "waktu" tu?

KENAPA PERLU DITERANGKAN SECARA MENDALAM?

1. UNTUK PENGETAHUAN AGAMA
Ini la benda yang penting sekali perlu diterangkan dan ditekankan. Cuba tanya adik yang baru sahaja mengalami benda ni:

1. Kenapa wanita mengalami peredaran ini?
2. Apa yang perlu dilakukan bila dah habis peredaran ini?
3. Kesan daripada kelalaian dalam hal ini?

Mungkin ada yang boleh jawab semua, 2/3, 1/3 atau so so je. Sebagai wanita baru, dia kena tahu pengetahuan agama ini untuk kesedaran dia sendiri. bahawa dia sedang mengalami transition. Jadi, dia dah tak boleh tidur dengan abah (elakkan), bergurau senda dengan sepupu lelaki lebih dari sepatutnye dan sebagainye

2. UNTUK IBADAH
Satu perkara yang diabaikan (mungkin) oleh wanita adalah catatan bagi setiap "waktu" itu. bila datang, bila habis. Hendaklah diingatkan kepada dirinya bahawa catatan itu hanyalah untuk diri dia dan mungkin doktor (jika berlaku masalah kesihatan). Ini untuk memudahkan dia kenalpasti waktu suci. Kerana, "waktu" special itu bukanlah semudah bermula dan berhenti. tetapi kita perlu ambil berat tentang jangka masa berhenti di antara dua "waktu". Adakah cukup 15 hari? atau tidak cukup? Sekiranya tiada catatan dan dia mengalami dua kali "waktu" ini dalam sebulan tanpa beza 15 hari, maka susahlah untuk dia tentukan adakah dia mengalami "waktu" itu atau masalah kesihatan? Ini boleh menyebabkan puasa, solat dan segala ibadah terkesan dengan buruknya. Sah kah? tidak sah kah?


3. KESIHATAN
Kompleksnya badan wanita ni, apabila ada ketidak seimbangan hormon. Seperti yang saya katakan tadi, catatan itu mungkin boleh jadi rujukan doktor (jika diperlukan). Tak perlulah nak tunjuk jika sekadar hidung berhingus kan. hehehe.

Oh, rasanya itu sahaja. hal ini mungkin agak segan untuk dibincangkan. tapi untuk sisterhood dan mengaut pahala buat diri kita, why not, kan? Kenapa saya letak benda ni di tempat yang terlalu public? Kerana mustahil untuk saya call setiap kawan kawan saya dan beritahu hal ini. Dan ada yang berpendapat adik adik mereka boleh google dam baca sendiri atau tanya sendiri. Sikap ambil mudah inilah yang perlu dibuang. Tahu dari bacaan dengan tahu kakak/adik sendiri, ada beza ye? sebab itu namanya SISTERHOOD.



Sorry, kalau ada pendapat di sini yang tidak betul. Ini hanyalah pendapat persendirian. Sila betulkan kalau salah. Thank you.

p/s: macam biasa, saya tak bagus pun. tapi hanya ingin berkongsi pendapat:)
 (images are courtesy of google)

No comments:

Post a Comment