Friday, January 28, 2011

Langkah

Assalamualaikum.

Kalau dulu, Rasulullah mulakan langkah dakwah secara sembunyi sebelum islam berkembang ke pelosok dunia.
Maka aku ( tak pe kan guna aku?) hari ini ingin mulakan langkah aku menuju Allah semula.

7 tahun dulu, aku diibaratkan berdiri di satu jalan utk menuju ke suatu tempat y indah. Aku tebas semua semak dan duri jahiliahku sepanjang utk ke sana. Setelah 4 tahun aku berjalan dan menebas. Aku leka, aku berhenti seketika dan terpandang keseronokan dunia y tidak aku nampak sepanjang aku menebas. Lalu, aku patah semula ke tmpat lama mengutip dan menikmati ke semua keseronokan tadi. Setelah 3 tahun, hampir separuh jalan aku sudah patah balik, aku dapati apa yang aku buat sia sia. Dan sekarang ketika aku ingin ke depan kembali, aku dapati terlalu byk semak semak jahiliah y perlu aku tebas semula.

Dalam pada aku menebas, dtg org org mgatakan pekerjaan aku sia sia. Segala jenis cubaan y boleh menggagalkan aku, memberhentikan aku, menarik aku utk berputus asa dan teruskan sahaja berjalan ke belakang. Malah kerap kali juga aku berfikir utk berhenti dan menoleh ke belakang. tetapi malam ini, aku terbaca blog akak ku, bekas housematesku, teman tersayangku ketika aku mula2 sampai ke UK.

Semangatnya yang berkobar kobar membakar semula arang-arang jahiliahku supaya menjadi api semangat y membara. Jadi aku mulakan dgn men delete semua entry2 ku yang entah ape ape. yang mempamerkan kelemahanku, keaibanku. Entry y mungkin aku tulis ketika terpengaruh dgn style2 gadis-gadis blogger kerap gunakan. Utk meraih populariti, utk dikenali, utk didekati.

Aku nak mulakan langkah baru. InsyaAllah tanpa menoleh lagi. Kalau aku menoleh, peganglah aku wahai teman. Sesungguhnya aku juga rindu utk berjumpa Rasulullah seperti Bilal bin Rabah. Aku juga ingin bertemu dgn Allah dalam keadaan y tidak memalukan. Amin ya Rab.

lagu yang plg aku suka buat masa ini.

Taubat seorang hamba.

6 comments:

  1. rasanya anda perlukan teman untuk sama2 menebas semak samun jahiliah itu. mungkin seorang naqibah insyaAllah akan dapat membantu.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.thanks for the suggestion

    ReplyDelete
  3. jom nik sma2 tebas!
    hana pn nak tebas semak samun jahiliyah tu jgk..
    ayuh!tlg sy teman!:)

    ReplyDelete
  4. jom nurhana! jgn toleh belakang dah!

    ReplyDelete
  5. ptut la x dpt cari zackmimiey.blogspot..
    ayus sme2 tebas ^^

    ReplyDelete
  6. hehe..tukar url..:P
    sorry for the 'no notice'

    p/s: y dulu bkn zackmimiey.dulu storery.blogspot.huhu..

    skang nnsz90.blogspot.com

    yup! ayuh!

    ReplyDelete