Sunday, January 16, 2011

Manisnya Bercinta 1

Srobs srobsss....sobssss....sobbssss.....

sesekali ditarik hingus yang berlari lari ingin keluar dari hidungnya. Ainul mengesat pipi y basah lencun dgn air mata. Di penjuru biliknya, dia menangis teresak-esak.

Maaf, b tpaksa putuskan hubungan kita ni. kita x serasi

Sentap hatinya apabila membaca sepotong mesej yang singgah di inbox hp Sony Ericsonnya. Sakit hatinya seprti dikorek keluar dgn razor blade. Hancur hatinya bagaikan digilis dgn lori tayar 16 lalu dikisar kisar selumat lumatnya. Begitulah perumpamaan y dia mmpu berikan.
Dia x faham. Kenapa secara tiba tiba? Apa yang x serasinya? Sebelum ni ok je. Sudah dia curahkan sepenuh perhatian pd Mikail. Apa yang kurang lagi??? Berkali kali Ainul persoalkan.

Ain, dah dah la tu. Move on babe. Move on.


Tegur Ella y tibe tibe terjengul dari pintu bilik Ainul. Ini entah kali yang keberapa dia melihat Si Ainul ni menangis. Entah ape pula sebab cinta x kesampaiannya kali ini. Semasa form 5, Amri, cinta pertama. U love me, I love u. tapi bila masing masing masuk universiti, terputus. tup tup. Amri ada makwe lain. 3 bulan lepas tu, Harun, Senior Mass Comm. Pun putus.

Ainul ni manja sgt. I x suka tawwww.. kata Harun. Tapi beberapa minggu lepas tu, Sarah nmpak Harun dgn Mazlinda, gadis di kampus mereka yang paling tergedik mcm ulat nak bersalin kulit. Elok je ber-romen romen di cafe. Entah la. Byk lah. Rasa-rasanya ini yang ke 5. Ada yang putuskan krna Ainul suka pakai minyak wangi, sebab Ainul suka merajuk. Macam-macam alasan yang diberi. tapi Ainul x prnah bosan mmujuk, dan mgejar cinta. Yang sebelum ni, Zarif. Paling baik. Putus kerana ingin berubah katanya.

Aku dh bosan! Aku xkan percaya lelaki lagi!!! jerit Ainul sambil menghempaskan badannya ke katil dan menangis teresak esak. (sebenarnya lebih dari teresak kerana esoknya keras kain sarung bantal pada bahagian yang terkena segala jenis saliva, hingus hijau kuning biru putih dan air mata darahnya)


-----------------------------------4 bulan selepas itu---------------------------------------------

tududu!!! 
New message from Lepat Pisang Sedap




x nampk sgt,sowry



Aik, Sape ni. monolog Ainul sendiri.
Digodek godek dan di stalk stalk pgguna profile FB yang baru mnegurnya. Sepantas 1 minit, dia sudah tahu pemilik profile Lepat Pisang Sedap itu.

Haaa???? Zul Arif!!! terjegil bijik matanya yang sudah bulat sprti buah mata kucing itu.
Lelaki y pnah meletakkan ulat bulu di kerusinya smsa Form 4. Lelaki y pernah memanggil namanya stiap kali dia melewati bangunan asrama lelaki. Lelaki y pernah mmggilnya Minah Kremping. Lelaki yangggggggggg..ahhh.mcm mcm lagi!

hey u. lama x dgar citerrrrrrr (4 harakat)

Senyap. Jari jmari Ainul masih di keyboard namun tiada pktaan y ditaip. Ptut ke dia balas? Ah, bls je la. Kalau dgn dia ni. Komprem komprem x sampai 5 mnit, aku dh rasa mnyampah.

Tududu!!
Sombongnya.


err..salam. bukanla..xprasan. Tipu Ainul. Menopup dosa kecil.

Satu minit. 2 minit. 3 minit. 10 minit. 20 minit.

Allahhhhhhhhuakbar Allahu akbar! 
Mak engkau tgolek! terjerit Ainul apbila bunyi Sofware Athan tiba tiba melaungkan Azan utk waktu Isyak.
Ish! nasib baik bukan aku y tgolek! mrh dia sendiri pada software y di downloadnya. Sudah sprti org gila akal layaknya. Ditekan butang STOP dan terus melihat message dari Zul Arif y tidak henti henti masuk.

Ain, jom solat! jerit Sarah.

Alamak! mcm mane ni.hummmm. Dilihat chat facebook dan pintu biliknya bersilih ganti. Lagu Saloma yang mana satu pilihan hati, tidak tertahan menanggung rindu bergema di otaknya mmaksanya membuat pilihan.

Sarah solat dulu! Ain sakit perut la! Laung Ainul dari bilik bwhnya.

Ok!!

2 3 jenis dosa sekali lagi menjadi koleksi Ainul. Ber-variasi gitu koleksinya.


bersambung

p/s: cerita ni memang cliche. saya rasa semua boleh agak ending dia. saya saje je nak tulis. didedikasikan utk kawan baik saya Imah dan juga utk anda semua y sudi baca. sekadar isi masa lapang. sambil mengingatkan diri.

kalau sudi. nantikan episod dua yer. malas nak sambung.:p

2 comments: