Monday, January 17, 2011

Manisnya Bercinta 2

Assalamualaikum warahmatullah......Assalamualaikum warah matullahhhh...

3 pasang tangan meraup syukur stelah mnadah tgn berdoa mmanjat ksyukuran atas segala nikmat y telah diperoleh selama ini dan mmohon keselamatan dari Illahi agar terhindar dari segala hasutan syaitan.
Bilik Ar-Raudah, memang dikenali semua aras Blok D. Sarah, ketua bilik, seorang y baik lagi manis, sentiasa mengajak teman-teman sebiliknye utk mengejar amal y boleh mndekatkan diri padaNya.

Kenapa nak kejar y sikit, kalau Allah dah sediakan y lagi byk? begitulah analoginya tntg pahala solat berjemaah. Dia tidak bersyarah pnjg utk menyampaikan hujahnya. Dia tidak memaku rakan rakannya lama dgn kata-kata utk memberi nasihat. Begitulah uniknya Siti Sarah. Kata-kata dan tegurannya tidak pernah berbaur paksaan atau sindiran. Lembut ditutur, tertarik hati y mendengar.

Ella, Sarah jarang sgt nmpk Ain solat sekali dgn kita sejak 2 menjak ni. Selalunye, kelas kita semua habis ptg and at least, mesti sempat jemaah maghrib and isyak, kan? tanye Sarah sambil mencium pipi Ella penuh kasih sayang.

Uhibbuki fillah, ya ukhti bisik Sarah lagi. Aduhhhhhh.....tersentuh hati saudara-saudara perempuan y dengar. Bayangkan la kalau lelaki. haish! Jauhkan Jauhkan.

(gadis aaayu! Lesung batu di pipi...ayu!! Oh sungguh menawan)--lupa la lagu apa.:p


Xtahu la Sarah. Tiap kali Ella ajak, dia kata sakit perut, dah tidur dan kdg2 dia dh solat dulu. Ella menggaru kepalanya y tidak gatal. Pening sendiri dgn perangai Ainul y makin pelik sejak seminggu y lpas. Balik je kuliah, terperap dalam bilik. Pagi-pagi, mata layu mcm bunga ros kena sembur racun serangga. Kusut.... kusut.

Tergelak kecil Sarah melihat gelagat Ella.
xpe2. Mungkin dia ada assignment y kena siapkan agaknya. Ok lah. Terima kasih semua sbb sudi solat dgn Sarah. Ahhhh....tersentuh lagi. Senyuman lagi la mencairkan. Oh tuhan, besarnya fitnah y dibawa perempuan.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Gilaaaaa...gila.. kau gila ke Ainul. Arip tu. Bukan Ketua Pengawas ber'tie' ketat di leher. Mamat can-do y boleh diibaratkan Sarip Dol Kg Pinang Sebatang, Ali dlm Ali Setan, Akasyah Lagenda Budak Setan, Arip a.k.a Arron di SMK Tanah Seputih. eh, Arron tu bukan ke Zul Arif?hehhee"
Tudu!!


Hah!!!
Cepat anak mata coklat Ainul menatap skrin. Tersenyum sendiri melihat smiley di inbox chat dari Lepat Pisang Sedap.

Oh, Arron my loooo.... belum habis hati setaman kembang berbunganya bermonolog

Eh ape aku merepek ni! sergah Ainul pada dirinya sndiri. Itu Arip la!! bukan Ustaz or Romeo la. Wake up Ainul.. Wake up! mulutnya mengomel tanpa henti pd laptopnya.

hey syg. xsenyum balik, dosa taw


Sayangg!!! Perrghhhh!!!! jerit hati Ainul. Merah padam pipinya. Komfem kereta akan bhenti kalau dia berdiri di tepi jalan. Fuh! Panas. Panas. Nasib baik x berasap pipi. Mcm kena lumur cili merah kaw je pipi gebunya itu. Padahal, tuan pnya y mmberi ucapan bukanlah ada di depan pun.

Malulah tu. hehehhe


"hah???!! Mane dia tahu?? Mamat ni ada psg CCTV ke kat bilik aku??" Ainul memandang penjuru siling biliknye. Ditarik cadar katil dan diintai di bawahnya. Kosong. Hanya sandal y dibeli di mall semalam tersadai di dlm kotak.

Ape ke bangang aku check bilik. Mane la dia tahu aku duduk sini.Ba-waw-dal-waw-ha betul la kau ni Ainul  marahnya sendiri. Dahi ditepuk. Muka berkerut seribu.

Ape syg2 ni. Buang tabiat ke ape?

balas Ainul. Menipu jeritan nafsunya. Hati y lagha suka, tgn menaip sebaliknya. Dirinya seolah-olah mendambakan panggilan itu walaupun dia tahu siapa pemberi y menyatakannya. Sebahagian hatinya y sedar tahu bahawa lelaki itu mungkin sahaja hanya bermain kata kata. Tapi otaknya seolah olah menidakkan. Meminta tangannya utk melayan setiap apa y ditulis oleh org di sana.Senyuman terukir tatkala terasa bahagia menyelubungi jiwa. Bibir diketap menahan rasa. Aish! Jiwangnya mmg tidak terkata. (sorry2 readers. terlebih sudah. nak tergelak tulis part ni)

Ktuk!!! ktukkk!!!!!

Papp!! Pantas laptop ditutup rapi. Ketukan pintu mengejutkan Ainul dari angan seketika. Peluh tiba-tiba memercik keluar dari liang roma muka y sebelumnya kering dari basahan. Berdebar debar jantung tatkala darah dipam selaju lajunya ke seluruh anggota badan.

Perosak suasana romantis apakah y tibe2 datang???

jgn biarkan hidup anda diselubungi Mister Rie.


------------------------------------------------bersambung------------------------------------------------

xleh la panjang2.nnti bosan kan bace byk2 sekali gus:P

p/s: tbe2 idea dtg mase tgh risau sal nazar td. Allah maha pemurah kan. dtgnya kerisauan tp di hadiahkan jua ilham kemudian diselesaikan kerisauan tadi. Alhamdulillah.:)

p/s 2: kalau cerita ni x bape bagus. cedok la y mane y bagus ye.:)

No comments:

Post a Comment