Sunday, January 22, 2012

Pemimpin AJK Makanan itu

Assalamualaikum..

lawak pun ada tajuk blog kali ni. Saja tak nak guna perkataan ketua, bunyi macam diktator sangat. Pemimpin bunyi dia lebih give and take sikit.:)

Alhamdulillah (serius syukur), program kursus kahwin dah tamat. Pasal sijil tolak ketepi, tapi pengalaman dan ilmu tu yang aku (xpe kan guna aku kali ni?) rasa sangat lah berharga utk diri ini. Pengalaman disebut dahulu kerana itu yang aku cari dalam program ini iaitu pengalaman memimpin sebuah team memasak yang hebat. Ilmu tentang alam perkahwinan tu, insyaAllah, 2/4 dah byk diperolehi semasa bersekolah di SMKA Wataniah. (terima kasih Ummi, Baba dan Abuya)

 Perasaan, pendapat, kekuatan, improvement

PERASAAN
Aku tak tahu pendapat orang lain tentang aku sepanjang program tu, tapi dengan setulusnya aku katakan aku tak rasa tertekan negatif pun semasa lead team kecuali ade certain time apabila beberapa faktor memberi kesan kepada team memasak dan aku kesian dgn orang yang bekerja bersama aku terkesan sama.  selain dari itu, kalau aku kata tertekan, itu sebenarnya tekanan motivasi yang push aku untuk penuhi amanah dan aku sangat bahagia kerana aku suka memasak dan mencuci dan membersih.

Pada mulanya dan di pertengahan usaha memasak, aku agak takut takut.

1. Apabila order bahan, aku takut terguna duit yang diberikan lebih dari yang sepatutnya.
2. Di pertengahannya, aku takut kalau masakan yang team aku masak buat anak orang sakit.

Sangat bahagia juga apabila kawan kawan yang bekerja di bwh kepimpinan aku kali ni sangat lah baik dan ikhlas (insyaAllah). Harapnya tak ada seorang pun yang rasa dia tak menyumbang apa apa sepanjang usaha itu. Jgn rasa sebab korang bukan orang yang berjaga pukul 3 pagi untuk masak, korang tak menyumbang tapi sebenarnya usaha korang yang sedia bahan malam tu yang membolehkan semuanya berjalan lancar.

Penat? Penat memang penat. sebab tu tadi "pengsan" dari maghrib sampai la pukul 2.30 pagi tadi baru terbangun. :p tapi perasaan bahagia mendahului penat dengan 80 % bahagia 20 % penat.  Jadi harap terjawab persoalan kalau ada yang bertanya "nik, tak penat ke lepas keje..." ok, stop kat sini. Refleksi recalling ni ye, zack.

Jangan ada pun yang rasa dia tak menyumbang apa apa, ok? :)

PENDAPAT
Aku rasa semua orang perempuan dan lelaki patut rasa pengalaman jadi AJK makanan kerana pengalaman ini dapat bantu korang apabila korang nak buat majlis kecil kecilan sendiri nanti. Sepanjang penyediaan makanan tu, aku keep on terfikir yang pengalaman ini akan bagi manfaat apabila keluarga aku tak kira family sendiri, family bakal suami, family aku dan bakal suami nak buat majlis sendiri nanti eg, jemputan makan leisure, majlis ilmu di rumah ke, kesyukuran ke. betul x? lagi sampai perasaan kasih dan ukhuwah kalau masak sendiri. setuju ke tak setuju??

KEKUATAN
kekuatan kali sememangnya terletak pada pasukan. No more comment. Kalau ada rakaman yang dapat ulang tayang, korang akan faham apa yang aku cakap. (nak nangis je bila ingat balik. terharu). "ayein, aku bersyukur Allah adakan korang semua bersama aku. Hilang semua prasaan bimbang awal awal aritu" itulah luahan aku kepada Pengarah Program Kursus Kahwin, Plymouth.

YANG BOLEH DIPERBAIKI
Aku rasa semua ok sebab bagi orang yang first time (aku) lead team memasak, aku sentiasa inginkan team memasak macam ni.

Overall, aku rasa nak berdiri di Eye of Plymouth and cakap "korang, aku sayang korang! terima kasih banyak banyak." Nangis laju laju sambil taip. Wuwuwuwuwuuwwu T.T :) bahagia bahagia bahagia bahagia bahagia, infinity bahagia.

google

I LOVE YOU KORANG!

Thank you Allah. You gave me such a wonderful group of friends:)

p/s: ok, amanah persatuan dah setel, ayuh la membaca amanah pelajar untuk esok:)

2 comments:

  1. jgn lupa buat assignment tu lak. hehe

    ReplyDelete
  2. Inchallah dye xlupe wat assgmnt tu...rajin orgnye sbb ade org bg smngt pd dye kn kn nur...

    Nik khier mimiy ^_^

    ReplyDelete