Sunday, January 15, 2012

Running Man 3: Sheffield

"Hah....hah...hah....arghhhhhh......" aku menghela nafas berat. Penat koooootttt. Azwanida di sebelah 14 kali ganda lagi termengah dari aku. Pandangan kami bertemu dan senyuman terukir.

"Haahahahhahahaaa.....!!" bagaikan pesakit multiple personality disorder kami ketawa dan ketawa memikirkan kejadian lari lari di tengah bandar Sheffield. Saat ini aku terfikirkan, andai kata perkara sama terjadi pada aku tetapi bersama orang lain, mungkin suasana tidak selucu ini, malah akan menjadi sangat tegang. Aku tersenym di dalam hati. That's why family is the most blissful knot.

London St. Pancras               19.27 PM                         Platform 5


Itu dia. Secebis informasi yang menamatkan segala macam perasaan berdebar, takut dan bimbang. Kami terus menapak ke Platform 5 dengan ketawa yang semakin galak mencuit pankreas dan ulu hati. Andai kata kami sedang berlakon untuk variety show Running Man, tentu akan ada caption yang sedang komen tentang situasi kami sekarang. haahahhaha!:D

The End?

Oh tidaaaaakk. Naik sahaja train East Midland Train yang akan ke London St. Pancras, kami masuk ke gerabak first class kerana tiada reservation seat untuk booking megatrain. Tak pe ke duduk di gerabak first class? (boleh tak kasi can!?). Seminit dua menghenyakkan punggung di kerusi empuk first class, seorang kawan seuniversiti Azwanida datang menegur dan duduk bersama kami. Namun, tidak lama selepas itu, conductor train datang dan memeriksa tiket, malangnya kawan Azwanida terpaksa berpindah gerabak kerana tiketnya hanyalah Standard Ticket. Manakala aku dan azwanida kekal di situ.

"What would like, Miss? Coffee? Tea?" dayyummm~~ serius rasa macam puteri. Kalau tak pun, the heiress of  Hilton. Oh, bestnye kerana ini bukan dalam mimpi.

Aku memandang azwanida dengan pandangan 'tak pe ke ni? kita bukan first class passenger' -message sent

Azwanida dengan mata terjegilnya 'ala, ambik je la. dia dah offer tu.' -message replied-

"No than......" "Coffee please" serentak kami menjawab.

Aku memandang dengan pandangan membunuh 'Do you realise what you are doing? We might be penalized or to the least embarrassed.'

Dia hanya membalas dengan senyuman kambingnya. And I was like -.- 'i hope so. LOL'


"With milk? or just sugar?" waiter itu bertanya, masih dengan imej butler-nya.

"Milk please," Dang! azwanida masih dengan imej konfiden princess nya.

Aku hanya memandang sepi. Waiter itu menuang coffee ke dalam cawan yang suci bersih murni lagi putih itu.

Namun, sebelum susu dituang......

"Excuse me, but may I see your ticket again? Just a matter of procedure."

Kertas booking beralih tangan.

'That's it.' cair sudah the mask of a princess yang baru nak infuse ke muka.

"I am sorry but this belongs to standard seat. I am afraid you need to move to another carriage." T.T

Sesungguhnya dia tak bagi pun coffee yang dah dituang tadi. kedekut sey. hahaha

Yang ini baru the end.

What a day.




p/s: alhamdulillah, kami selamat sampai ke Plymouth pada pukul 5.20 pagi, 14 Januari 2012. 

No comments:

Post a Comment