Saturday, January 14, 2012

Running Man 2 : Sheffield

"You bia betol, Zack. You beli train ko bas ni?" kening azwanida sudah mula berkerut dengan muka kelat.

Tangan aku masih kemas memegang kertas booking. Mata ligat mencari sebarang informasi yang menyatakan samada ia bas atau train. Tapi hampa.

"I mana la tahu. I tak pernah naik lagi Megabus. Ni first time I naik." luahku kesal. Nervous system mula menjalankan peranan. Hatiku berdebar seperti orang yang bakal dinikahkan, bulu roma mula mencacak tegak seakan akan cas negatif bertemu positif dan pundi kencing terus galak ingin menyeksa sanubari. Nak pengsan. Nak pengsan.

Kertas bertukar tangan. Azwanida mengamati cetakan di situ dengan muka professornya. Sangat bersesuaian dengan status Master Graduate yang baru dianugerahkan tengahari tadi. Akhirnya, the serious and not childish side of her digunakan. Jika tidak, aku lah kakak dan dia lah adik. Umpama ayam beranak, lembu bertelur. ok tiada kaitan. Mari teruskan

"Ni Megatrain kot. Sebab London St. Pancras nih." jari diletak di bibir tanda serius berfikir. Aku menjengah semula ke kertas cuba membantu. Lega sedikit dengan informasi yang diberitahu. Pundi kencing juga mengalah dan tidak lagi memaksa.

"Yeke? Ye la kot sebab dia tulis train station. Pahtu gano ni? Tram ni lalu ke tak kat University Station?" soalku, tidak berpengalaman.

"Lalu...." jawapan yakin dari azwanida sambil memerhati jadual tram "Eh! tok lalu! Ni line kuning. Sudohhhh"

Dup dap dup dap! Jantung dipam laju laju. Otak sudah tak mampu berfikir, blank. Oksigen Oksigen! I need oxygen!


"Doh, ni mano ni? alamak. dah 6.50 petang! Gano ni kak???" cemas cemas. Saat ini aku terfikir, apakah ada kamera tersembunyi? Apakah aku di dalam rancangan variety show seperti Running Man? Oh no! Aku belum bersedia. Aku belum bersedia untuk semua ini. Tidak bersedia untuk handle perasaan famous seperti Kwangsoo yang terlebih eksaited dan jakun apabila tahu dia juga ada peminat di Thailand.

Azwanida mengamati jadual tram dan mula terkumat kamit. Namun tidak jelas mantera apakah yang dibaca.

"Loni kito dok mano ni?" matanya liar mencari papan tanda hentian tram. Aku seperti biasa cuba untuk kelihatan membantu.

"Castle Square!" jeritku.

"Oh, nasib baik. Kita kena berhenti kat Fitzalan Square. hoh, next station ni la" Fuh! cemas! cemas! detik yang cemas!

'Fitzalan square. Next stop by request....'

Kami tidak membuang masa menunggu pengumuman yang tidak perlu  lagi tidak membantu. Dengan ketekadan dan semengat cekal,  langkah dihayun seluas mungkin berlari mencari jalan ke stesen keretapi. Azwanida yang berjubah dengan bekal makanan di tangan kanan, beg alumni sheffield di tangan kiri serta beg galas di belakang , aku pula cekal memikul beg galas, beg kamera disilang ke badan dan kemas memegang kertas booking-titik episod cemas ini dicetuskan.

Hiyah hiyah hiyah!!! lari lari dan lari walaupun jalan kelihatan seperti tidak familiar. Azwanida sendiri ingat ingat lupa dengan selok belok Sheffield. Dayyummm~ memang Stairways to Heaven kalau terlepas masa untuk balik ke Plymouth. Epik, dengan badanku yang gatal tak hengat sebab dah seharian tak mandi. STRESS! hatiku memetik tagline Gary semasa episod bersama SNSD dalam siri Running Man. Maaf, sememangnya siri itu terasa sangat dekat di hatiku apabila mengalami situasi seperti ini.

Sesekali aku berpaling ke belakang meninjau kelibat azwanida. Kelihatan dia berlari seperti penguin dengan tangan didepa menyandang segala jenis barang dan berjubah lengkap melangkah dengan yakin tanpa hiraukan pandangan orang sekeliling. Azwanida sudah mula mengah dengan staminanya yang tidak seberapa. Tambah pula kami baru sahaja selepas makan. Makanan seakan akan digoncang goncang seperti proses pembuatan milkshake. bercampur semuanya Pasta Chicken Alfredo, chips dan grilled steak tadi. Sungguh tidak enak.

"Zack...za...zackkkkk..." azwanida memanggilku dengan nada seperti ayam yang disembelih dan di hujung nyawa. "you pegi dulu. aaaaaahh..penat."

Oh no. sekarang dah pukul 7.05 petang. Patut ke aku lari. Patut ke? Tapi Azwanida.....??? Train station???

Lagi 22 minit!

BERSAMBUNG



2 comments:

  1. Menarik membacenye kisah dua perantau di bumi eropah cuma sekadar nasihat sekira lebih elok penulisan tidak terlalu memetaforakan perumpamaan yg mengunakan istilah2 kurang sopan,seperti pundi kencing n sebagainye. lebih elok diambil bahasa2 yg manis bersesuai jinsiyah kita yg bergelar hawa wa imma adam.

    " Islam itu mengajar supaya umatnye menunjjukn akhlak mulia dlm perbuatan perckpn mahu pun lisan " Nik khier Mimiy ^_^

    Terbaik dgn teruskn perkara yg baik

    ReplyDelete