Friday, January 13, 2012

Running Man:Sheffield

Resah resah.haish! Resah hati aku bila tengok waktu di telefon. 6.02 petang. Mana makanan y dipesan tadi??? Dah setengah jam kot. Terlepas bas jugak karang ni. Dalam hati aku rancak mengira minit minit yang kemungkinan diperlukan untuk ke stesen bas Sheffield Meadowhall Interchange. Lagi satu jam. Ah! InsyaAllah. InsyaAllah sempat. Aku cuba yakinkan hati, walaupun dalam otak sudah mula fikirkan plan B andai tertinggal bas. Itulah aku. Selalu fikir terlalu awal perkara yang lambat lagi untuk berlaku.
Tik tok tik tok...........

Beberapa kali juga aku memberi pandangan kepada waiter yang ke sana ke mari tapi tak tahu apa yang dia kerjakan dengan harapan dia mendapat mesej maut cik-mana makanan-yang-kami-pesan. Namun, hampa. kemungkinan keturunan,warna kulit dan bangsa menjadikan bahasa kami berbeza lantas tiada two way communication terjadi! Dang, apasal time ni aku boleh nak fikir pasal classroom management.tsk!!

45 minit untuk 'serve' 3 pelanggan. Servis apakah ini. Air dalam jug pun dah hampir kosong. Sangat hilang mood nak makan. Aku tenung je Pasta Chicken Alfredo di depan mata. Nama gempak tapi rupa seperti pasta yang digaul dgn mayonis dan ditabur rerumput hijau. Tsskkk!

"Eh, Zack, bakpo laen jah pasta you ni berbanding dengan yang kita makan aritu?" tanye azwanida, kakak ku, menjengah ke pingganku lalu mencuri sebatang dua pasta putih cair itu.

"Entah. Agaknya dia dh tukar chef. Waiter pun orang lain. Nama dishes pun lain. Eh, kita kena cepat makan ni. Ada lagi 45 minit nak pukul 7" aku mengingatkan azwanida dan kawannya sekaligus cuba menutup perasaan tidak puas hati yang bersarang dek servis thumbs down.

Tapi kalau dah namanya perempuan, memang tak kan cepat mana la makannya. Tambah tambah mula masing masing rancak memuji kecantikan make up dan senyuman menawan dan gambar graduation dan lain lain lagi. Aku hanya mampu tersenyum mendengar perbualan wanita wanita di ambang perkahwinan ini.

Selesai saja makan, kami bertiga cepat cepat menanti tram ke University Station dan Meadowhall. Alahai, tak sama tram pulak. Terpaksalah kak Ummi ke train station sorang sorang dan kami berdua perlu berkejar ke stesen bas. 3 minit selepas itu tram Halfway sampai dan kak Ummi board tram tersebut. Manakala aku dan azwanida terus menunggu tram ke Meadowhall.

"eh... Sempat ke kita ni kak." ucapku bimbang. Lagi 40 minit. Angka yang kelihatan seperti panjang tapi sebenarnya akan hilang tanpa disedari. Itulah masa.

"Sempat sempat. Hoh! Tu tram. Hok gi mano tu? I tok napok" Matanya dikecilkan  walaupun dia tahu itu tidak membantu pun.

"a'ah! Alhamdulillahhh..." terasa suku lega perasaan aku. Button open ditekan.

"Two singles to meadowhall please..." dayyuuummm! Cakap omputih sangat heaven tp accent ke laut. Haha. Tiket dibayar dan tram terus meluncur laju. Alhamdulillah. Oh. Baik pegang kertas booking siap siap.

"Sheffield Meadowhall, pukul 7.30 kan?" tanya azwanida sejurus selepas melihat aku memegang kertas booking. Aku hanya mengangguk dengan mata masih di kertas.

Depart Sheffield Train Station at 7.27PM, arrived at London St. Pancras Station at 9.43 PM.
'Oh, St. Pancras rupanya, mati mati aku ingat Victoria Coach Station,' detik hatiku yang sudah kecil sejak sejak diet ni.

"eh apsal sini dia tulis Sheffield Train Station."
"hah?????" terpacul dari mulut azwanida separuh menjerit.

Oh man! Reaksi azwanida sangat tak enak. Adakah Sheffield Meadowhall Interchange memang dikenali dengan nama lain atau aku tersilap tengok tempat departure?? Tolonglah ada nama lain!!

BERSAMBUNG




3 comments: