Saturday, October 22, 2011

Recipe: Home made Pizza (Tuna, Malaya Chicken, Salami)

Assalamualaikummmm

Hari ini kita ber bahasa ibunda pula ya. (bajet nye.ngeee):P

Baru balik dari rumah sayang sayang Peverell di Mannamead Road. House warming and kenduri kesyukuran for His blessing.:) Meriah, of course la meriahhhh. Tambah  tambah ada kami penghuni house 20 yang comel ni. kekekeke. *pang! kena tampar dengan Nad.hahaha*

ok dah. cakap banyak banyak tak guna. Semalam saya dan rakan serumah, Shuhada Miskin, telah menyediakan terlebih dahulu barang barang untuk buat pizza. Kemudian, bahan bahan dibawa dan dibakar di rumah Peverell. Of course la, saya tolong tolong masak topping and hidang je. hehe

HOME MADE PIZZA (TUNA, MALAYA PIZZA, CHEESY SALAMI)-----belasah bagi nama. yang penting sedap.:D

HOME MADE CHEESY SALAMI PIZZA




Bahan Bahan Doh:

1 1/2 cawan air suam
2 1/4 sudu teh yeast
3 1/2 cawan tepung roti
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula


Cara cara:
1. Satukan yeast dan air suam di dalam bekas (chef kata, air suam ye, bukan air sejuk mahupun air panas)
2. Masukkan minyak zaitun+tepung+garam+gula
3. Gaul sehingga sebati.
4. Biarkan 45-60 mins untuk bagi dia naik dan kembang (ampa biar semalaman pun tak pe wehhh)
5. Tutup bekas dengan kain lembap.

hasil selepas semalaman. berkembang dengan sihat


PIZZA TUNA:
salami tu untuk topping PIZZA CHEESY SALAMI
cheddar cheese dipotong tebal memanjang untuk dibalut


Hirisan nenas
Hirisan bawang besar (dipotong bulat)
Hirisan Capsicum (Lada Benggala)
Cheddar cheese (dipotong bar)
Grated Cheese (untuk ditabur)
Topping tuna

Cara masak Topping tuna:
1. 2 tin tuna
2. Masak sesuka hati (macam sardin)-------masak hingga ia kering.


Proses pembuatan Pizza Tuna:
1. Sapukan butter pada dulang pembakar.


2. Ambil doh mengikut isipadu tray. (ketebalan insyaAllah ikut suka ampa jugak)

3. Dengan menggunakan sedikit tepung, bentukkan doh mengikut bentuk dulang pembakar.
3. Tarik hujung doh untuk digunakan bagi membalut Cheddar cheese (atau cheese ape je yang ampa ada). ---ala-ala cheese pizza hut tu..

4. Sapukan mayonis di atas doh, diikuti puri tomato.
mayonis
(yang ni gambar untuk topping ayam. yang merah adalah puri tomato)

5. Letakkan isi topping tuna. 3 hingga 4 gelung bawang besar, hirisan nanas, hirisan capsicum dan karot.


6. Taburkan grated cheese sesuka hati ampa.

7. Bakar di dalam oven mark 6 selama 20 minit (bergantung kepada saiz pizza)


PIZZA MALAYAN CHICKEN

MALAYAN CHICKEN TOPPING:

1. hirisan daging ayam
2. cili boh (atau serbuk cili + air)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Garam + gula secukup rasa
6. Sedikit sos tomato

Cara cara:

1. Tumis bawang besar + putih + cili boh.
2. Masukkan ayam, goreng bersama tumisan sehingga masak.
3. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula.
4. Biarkan sementara agar kuah nya sedikit kering.


Proses pembuatan pizza malayan adalah sama. ulang langkah yang sama seperti PIZZA TUNA (cuma tukar topping sahaja)


selamat mencuba!!!:)

9 comments: