Sunday, October 9, 2011

Resepi Hidup: Diet

Assalamualaikum

Salah satu resepi hidup yang orang tak kan jemu jemu nak 'cuba' adalah DIET. Bila bercakap pasal diet ni, orang lelaki mungkin akan mengeluh pada orang perempuan, dan orang perempuan bagai nak tension fikir (ini saya bercakap secara umum berdasarkan artikel dan blog blog yang dibaca). Orang lelaki mungkin tak faham kenapa orang perempuan ni suka sangat bersusah payah diet semata mata nak kurus (tapi bila dah kahwin, segelintir dari kaum adam ni jugaklah yang sibuk dok suruh isteri diet). Orang perempuan pula memang lumrah kewanitaannya ingin kelihatan cantik bukan di mata orang tetapi pada mata sendiri dan keluarga sahaja.



Diet atau pengurusan berat badan ini banyak cara. Ada crash diet, protein diet, non-carbo diet, healthy diet programme and sesuka-hati-bila-nak-makan-asalkan-turun-berat-diet. Kalau di entry ni, saya nak cerita (or bandingkan dua result) dua jenis diet:

Diet saya: Waktu pagi, minum minuman diet programme. Sementara tunggu tengahari, jika lapar, saya akan makan buah atau biskut Rich Tea (ASDA, Kalau kat Malaysia, biskut cap ping pong). Tengahari saya makan nasi macam biasa (bergantung kepada tahap lapar). di antara tengahari dan malam saya makan buah atau Rich Tea jika lapar. Malam pula saya akan minum sekali lagi minuman diet programme. Saya akan makan 4 jam sebelum waktu tidur sebab saya akan ada masalah indigestion kalau tidur lepas makan. (kalau time puasa, saya akan berbuka dengan minuman itu dan kemudiannya makan nasi)

(yang ni time disiplin la. time tak disiplin dulu, masyaAllahhhhh)

Diet kakak saya: Dia sibuk buat thesis. Jadi, menurut katanya, dia jarang makan. tapi dia makan makanan seperti biskut biskut (berperisa), maggi, nasi dan roti apabila dia lapar. So, basically dalam sehari kita boleh assume dia makan 2 kali or sekali sehari.

Situasi ini berlaku apabila saya ke Sheffield untuk jumpa coach saya bagi sesi timbang berat (time  ni tak disiplin buat programme diet itu). Hasil timbangan ialah, kami kedua keduanya turun sebanyak kilo yang sama TETAPI ukuran badan kakak saya bertambah di pinggul dan paha. Manakala saya hilang 11 cm di seluruh badan.

Namun begitu, pada bulan puasa baru baru ini, saya disiplinkan diri dan hilang 6 kg dalam masa sebulan. Sangat diet shock (sebab tak pernah hilang banyak tu kalau diet) dan juga ukuran di seluruh badan berkurang berpuluh cm. Pada bulan september saya berhenti diet seketika dan pulun makan untuk raya tapi alhamdulillah tak naik balik berat. Maka pada 27 Sept baru baru ini, saya start balik diet sehinggalah sekarang (tapi saya beri kelonggaran pada diri dengan dapat merasa makan makanan seperti keropok dan coklat (sekali sekala, dalam sekali seminggu?hee). Alhamdulillah juga, tadi timbang hilang 3 kg. 2 minggu 3 kg, not bad, kan?

Akan tetapi satu lagi diet yang ingin saya bincang adalah crash diet di mana orang itu tidak makan nasi secara mengejut. Pada masa yang sama, kurang minum air dan apabila di hujung bulan, dia akan gembira kerana hilang 4 hingga 6 kg. Tapi, jika dia kembali makan seperti biasa pada bulan seterusnya, percayalah berat yang dia hilang berkemungkinan akan naik 2 kali ganda. SEBAB beratnya turun kerana air dalam badan yang hilang dan bukanlah lemak. Jadi, sila lah minum air.




Kenapa saya cerita? Saja, ingin berkongsi sebab ada yang dah tegur saya turun berat jadi apa salahnya berkongsi cerita sebab tak kan kita je nak bahagia, kan?:) Jom sama sama jadi sihat. Tak ade ape yang rugi kerana kita sama sama jaga badan yang Allah bagi pinjam. Kerana matlamat saya bukanlah ingin hilangkan KG semata mata tapi ingin tingkatkan energy badan dan kesihatan.

Oh, nak tahu sebab utama saya nak turun berat kenapa?

sebab saya nak nampak anggun pakai jubah ni.:)
bukan untuk tatapan orang lain tapi cukuplah untuk kepuasan hati sendiri:)


p/s: sebenarnya malu aw nak tulis entry ni. macam syok sendiri je. tapi teringat kata kata coach saya, sampai bila kita nak pentingkan diri tengok orang lain tak de keyakinan diri macam kita waktu mula diet dulu (sebab dia pun bermula dari overweight dulu) comel kan coach sy?:)

No comments:

Post a Comment