Saturday, July 16, 2011

Aktiviti Ramadhan Rejab Shaaban

Assalamualaikum

Dekat dekat nak puasa ni, teringat pulak masa di rumah. Mami saya ni bukan la queen control tapi apa yang dia kata memang orang akan dengar dan tak berani nak bantah sebab dia ada karisma yang boleh tundukkan orang. Saya pun la kiranya.hehe. Sejak 2009 rasanya, mami wajibkan ke atas semua warga Syed Khanz ( geng geng keluarga kitorang  yang berada di Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang) supaya puasa Rejab Shaaban sementara tunggu Ramadhan. Tambah tambah time cuti sekolah semua balik rumah saya kat Kelantan dan puasa sama sama. Yang kecik kecik tak diwajibkan lagi, tapi digalakkan.

Saya selaku ahli Syed Khanz yang satu satunya pergi ke sekolah agama diamanahkan oleh mami untuk kendalikan beberapa benda. Salah satunya, beritahu kepada semua ahli bila start Rejab. Mami dan my sister, Nik Nur Azwanida, akan mesej Mak cik Mak cik dan suami suami yang berada di Terengganu dan Pulau Pinang. Jadi bermulalah journey kami sepanjang Rejab dan Shaaban. Sepanjang Rejab dan Shaaban tu, mami akan suruh saya buat tazkirah dekat cousin cousin, adik adik yang masih kecik, mak cik mak cik saya, serta mami sendiri selepas solat maghrib. Nervous weih, walaupun untuk keluarga sendiri. Siap buat research tu! Selain tazkirah, kitorang baca Yasin, Mathurat dan lain lain.

Yang amazingnya, cousin cousin dan adik adik yang kecik tu sangat kental. Dorang pun tak tinggal puasa rejab shaaban. Kalau ada pun dalam 5 hingga 6 hari je. Sebab my mami kata:
 "Siapa yang tinggal puasa Shaaban dan Rejab tu memang rugi la. Training nak puasa Ramadhan kan. Nanti Ramadhan, tak de lah lembik macam orang tak pernah puasa."
 lebih kurang macam tu la. Time Rejab dan Shaaban ni la mami train adik adik dan cousin cousin yang baru nak start semayang. Mami wajibkan dorang solat jemaah antara dorang dorang je. Sebab, bila buat ramai ramai budak budak akan lebih seronok dan eksaited nak buat lagi. Bijak kan my mami?:)



Bila dah sampai Ramadhan, memang dah biasa. Even lupa nak sahur pun, tak jadi masalah termasuklah si kecil si kecil. Time puasa, mami suruh yang besar besar (me, kakak, abang, mami dan abah) solat terawih kat Masjid Machang dan adik adik dok rumah je. Kadang kadang dorang pun ikut sekali. Pagi pagi plak lepas siapkan sahur untuk adik adik, mami akan kejutkan untuk pergi qiamulail kat masjid yang sama. Lepas tu sahur kat sana. Dalam pukul 7 baru balik rumah untuk siap siap pergi kerja.

Tima raya adalah paling gempak, sebab kami akan buat aktiviti keluarga macam, main bola jaring antara keluarga, pertandingan baju paling seragam dan macam macam la. Siap dengan hadiah hadiah lagi. Seronok!!! Kadang kadang kami geng geng meriah (mak cik mak cik, cousin cousin dan adik adik) buat plan senyap senyap pergi berkelah dan tinggalkan mami, abah. Bila balik petang mami dan abah pun kata "ooo, patut la rumah senyap, dapur tak berasap. rupanya puak puak dia pergi berkelah."Lepas tu arwah nenek pun akan kata "hola, demo tu tinggal aku sorang sorang." Semua orang ketawa dengar nenek cakap macam tu. hahahha! Rindu sangat. Saya sure raya tahun ni mesti tak meriah sebab tak de saya sebagai camera man dan videographer.kekekkee (prasan!)

tema raya tahun lepas, arabic style. Ni time malam raya, try out baju.:)

setiap hari inilah propotion ayam yang kami makan untuk 4 keluarga. (2 bakul sebenarnya)

rumah pertama yang kami akan beraya adalah rumah Kak Dah.:)


Ceronok kan?? :') Best kalau berkumpul ramai ramai semua geng geng meriah ni. Kalau tak sunyi je raya rumah saya.:)

Nanti kalau kakak dan abang abang saya kahwin, mesti dah lain. Sebab kami adik beradik dan cousin cousin yang selalu raya sama sama semua kecik kecik single single. Bak kata mak cik saya masa raya tahun lepas "Lepas ni, kak dah tak jadi kak kita la. Lepas ni dah jadi kak orang lain pulak dan tinggal kat tempat lain. Dia dah kena tolerate dengan orang lain untuk balik raya sama sama dengan kita." :')

Apa cerita raya tahun ni Syed Khanz members? hehe..

2 comments:

  1. waaaa, nampak cam happening gila ! mesti serius best ! :P

    ReplyDelete
  2. best serius! xmain main!ehehhee...nnti saya balik, sila datang raya ke rumah saya..:D

    ReplyDelete