Saturday, July 16, 2011

Mari Belajar Bahasa Kelantan

Assalamualaikum,

Untuk menjadi seorang guru yang berjaya saya haruslah berlatih dari sekarang. Jadi ayuh kita mulakan dengan mempelajar bahasa ibunda versi loghat kelantan.:)

Disebabkan hari ini hari pertama murid murid, maka cikgu tidak ingin membebankan memory disk otak murid murid. Baik bukan cikgu kamu yang comel ini..teehee~~..
Cikgu rasa mesti kamu dh tahu perkataan perkataan basic seperti:

Aku/saya/I/Ana=Aku/kawe
Awak/you/ente/enti/kamu= Mu/demo

Mari kita advance sedikit dengan menjelajahi zaman sekolah rendah


Kasut=Kasuk


Sekolah= Skoloh (sebut dengan penuh keyakinan jitu ye.)



Cikgu=Cekgu.
eh silap, ni bakal cekgu. bukey cekgu lagi.hehehe




Kapur kasut=Poda kasuk
Pensel= Kale

Okay, ayuh kita aplikaskan apa yang  kita belajar hari ini:


Situasi, Ruby datang ke sekolah dan menegur kawannya Rosalinda di pintu pagar sekolah. Sila tukarkan ayat standard di bawah kepada loghat Kelantan.

Ruby: Cuba awk lihat kasut saya, putih gila kan? Saya baru sapukan kapur kasut yang ayah saya beli semalam. Kan Cikgu Nik cakap semalam yang kalau kita pergi ke sekolah dengan kasut yang tak dikapur, dia nak tarik rambut  tepi kita sampai tercabut.

Rosalinda: Yeke? Habis la saya. Alamak! Pensil saya  pun saya tertinggal la. Macam mana ni Ruby......

okay, sila letak pensel anda. Pelajar di meja belakang, kutip kertas dan letakkan di atas meja guru.


Cikgu tahu murid murid pandang rendah pada cikgu sebab ajar benda benda senang ni kan. tapi tak pe tak pe. Di waktu yang lain kita akan masuk bab sekolah menengah pula ok? byeeee

Jawapan:
 "acu  mu tengok, KASUK aku putih sepoh. aku baghu lepah PODA denge PODA KASUK hok abah aku beli smale. Key CEKGU Nik oyak mareng, kalu kito gi SKOLOH tok PODA kasuk, dio nok tarik sekbeng kito sapa cabuk."

"Hah? Yoko? Mapuh doh la aku.  Hah sudoh!!! KALE pong aku tingga nih. Gano ni Ruby...

No comments:

Post a Comment