Friday, July 15, 2011

The 'Cold' Incident at the Freezing Bristol Station

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berbahasa melayu pula.:) Semalam, saya berada di Stesen Bristol Temple Meads dari Sheffield. Saya nak balik ke Plymouth. Tapi train saya dari Bristol pukul 5.24 pagi. Masa tu pukul 12.12 pagi. Mula mula saya dok kat dalam tapi stesen nak tutup dah. Jadi kena la dok kat luar. Saya baring baring lepas tu duduk pasti meniarap meniarap atas kerusi panjang kat luar stesen sambil tengok youtube cerita Sydney White.

Tengok tengok je dah pukul 2 pagi. Kruk krak kruk krak, lapar pulak. Tapi kedai semua dah tutup. Tup tup, saya tak sedar pun ada satu teksi parking elok je depan saya dan ada 3 orang mabuk di tepi saya, berhampiran je. Tapi saya buat donno je la. Sebab dorang tak kacau saya dan saya pun tak kacau dorang. Lagipun, tempat lain dah penuh dan ada orang mabuk juga. Kemudian, ada kereta polis datang. Saya pelik la jugak. Apa hal polis datang sini. Tak kan kawan dorang dorang yang mabuk ni kot. Saya pun selamba pergi dekat driver tu tanya

"Excuse me sir, do you know any restaurants that still open near this station".
"What kind of restaurant?" Jawab pak cik berjambang. Saya syak dia orang orang Bangladesh, tak pon Arab dan sewaktu dengannya.
"Halal food, sir"
"Yeah, I know one. I can take you there after I settle with them three" Saya agak konfius la. Tapi biar je la kan.
"Are you a Muslim?" Saya pun mengangguk bangga.
" Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam" jwb saya penuh ayu dan duduk semula di kerusi tadi dan tengok balik cerita. Saya agak agak, maybe 3 orang tu tak bayar tambang teksi la kot, sebab tu polis datang nak selesaikan benda tu. Tibe tibe seorang lelaki mabuk yang paling muda tu (lelaki mabuk A)  marah marah dekat polis tu. Fuih, berani dia marah polis tu. Saya pun "eh, apahal pulak buat drama tv kat sini ni". tapi saya masih boleh fokus terhadap kronologi filem yang saya tengah tengok tu.

Tibe tibe, saya nampak lelaki mabuk yang agak dewasa dari budak lelaki (lelaki mabuk B) tadi buat gerak mulut yang dapat saya faham sebagai "fuck you" dekat pemandu teksi tu. Banyak kali jugak la dia buat macam tu. Polis tu tak nampak sebab dia tengah tahan sabar deal dengan budak lelaki tu. Perbalahan tu berlangsung hampir sejam. Saya serius tak mampu nak bangun sebab terkejut dan rasa macam punggung melekat je dekat kerusi. Saya buat buat macam saya tengah pakai invisibile cloak dalam cerita Harry Potter dan moga dorang tak nampak saya.

TIBE TIBE



"Could you move a bit. I want to sit." tegur lelaki mabuk B. Alamak, dia nampak saya. Invisible cloak Harry Potter tak berfungsi di dunia realiti. Adoi. Saya dengan patuhnya kengsot je punggung ke hujung kerusi sekali. Lelaki mabuk A masih tengah marah marah dan bertengkar dengan polis tadi. Dia siap panggil polis tadi f*ck. Pak cik polis tidak mampu menahan sabar berdasarkan kemerahan telinganya. Dia pun kata yang dia nak hantar A ke jail. Budak tu boleh lagi melawan. Lelaki mabuk B mungkin agak sakit hati dengan situasi tu pn hentak kerusi, bangun dan cakap "could you just shut up!!!" Serius, time dia bangun, lalu depan saya berangin kot. menggeletar badanku.

Hampir 2 jam benda tu berlaku dan makin banyak kereta polis datang. Saya nampak lelaki mabuk A catat no plat teksi tu. Bila dah reda dan polis tengah ambil kenyataan driver dan pemabuk pemabuk, saya rasa punggung saya ringan, dan saya pun lari dari situ dan berdiri di depan pintu automatik (dah dimatikan). Agak jauh dari mereka. Bila dah hampir selesai, tiba tiba bas yang datang untuk ambil orang yang nak ke Airport Bristol langgar punggung teksi pak cik tadi. Kasihan... Malang sungguh nasib pak cik tu.

Lepas selesai dengan driver bas, pak cik tu pun pandu balik teksi dia. Fuh, lega. Nasib baik dia tak ingat pasal saya nak pergi beli makanan. Tibe tibe, fiuuuunnggggg!!! dia buat U turn. Alamak!!!! dia datang balik. Saya pun menghadap dinding dan buat buat baca something (padahal tak de ape nak dibaca pun). Jangan la dia nampak saya. Saya harap invisible cloak Harry Potter berfungsi time tu. Tapi.......tidak!!! Pak cik tu hon. Saya buat tak dengar dan konon tengah membaca dengan khusyuk. Dia pun panggil "Miss,". Aduh...tak leh elak. Saya berpaling dan dia panggih suruh gi dekat. "Yes?" jawab saya penuh sopan dan senyuman fake.
"Do you still want your food? I am happy to take you there."
Tapi saya la tak happy pak cik sebab pemabuk A dah ambik no teksi pak cik dan polis pun dah lepaskan dia lepas ambil keterangan dia dan lepas dia bersihkan teksi pakcik.
"no, it is ok. It's already 4. I need to pray and the station will be opened soon.Thanks anyway"

Fuhhhh..nasib baik. tapi nasib pak cik tu, tak tahu la. Dari ape yang saya curi dengar time berada kat situ. pemabuk A rupanya ludah pada pemandu tu semasa dalam teksi. Kemudia tumbuk cermin penghadang antara pemandu dan penumpang. Pak cik berhentikan teksi dan suruh pemabuk A keluar. tapi ke 3 3 dorang keluar dan tak puas  hati dengan pemandu tu. Dorang nak duit dorang. Tapi polis pulak sebelahkan pemandu. lagi la dorang marah.

Itu la pengalaman dengan pemabuk yang paling mengerikan sebab dorang siap dok sebelah saya lagi. Tapi I think it is interesting in one chapter of my life. Yes, i know i know. I am crazy to think like that. but, it is experience. :)

Sorry cerita boring ni panjang.:)

Pen off.

2 comments:

  1. saya tak penah kena dengan org mabuk. tapi arak tumpah atas kita, ewww ! serius pening dan GELIK GELIK !

    ReplyDelete
  2. yun, akak dlu xtaw pun cane bau arak tu. tp bila kt sini, dari jauh lagi dh boleh tahu org tu mabuk ke x...mmg pening pn bau dia...

    ReplyDelete